Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Joseph Conceicao berbakti kepada S'pura 'tanpa mengenal penat': Sanjungan PM Lee kepada mantan diplomat

Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyampaikan ucapan takziahnya kepada isteri mantan anggota parlimen Joseph Conceicao. Diplomat perintis itu meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 95 tahun pada Selasa malam (13 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Joseph Conceicao berbakti kepada S'pura 'tanpa mengenal penat': Sanjungan PM Lee kepada mantan diplomat

Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengada jamuan makan tengah hari bersama barisan AP yang sudah bersara. Encik Joseph Conceicaodudu di sebelah kiri. (Gambar: Lee Hsien Loong/Facebook)

Diterbitkan : 16 Aug 2019 10:12PM Dikemas Kini : 16 Aug 2019 10:14PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyampaikan ucapan takziahnya kepada isteri mantan anggota parlimen Joseph Conceicao. Diplomat perintis itu meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 95 tahun pada Selasa malam (13 Ogos).

Encik Conceicao juga pernah berkhidmat sebagai Duta Singapura yang berpangkalan di Indonesia dan Rusia serta Pesuruhjaya Tinggi ke Australia.

PM Lee menyifatkan Encik Conceicao sebagai seorang anggota Generasi Perintis yang ulung, yang berbakti kepada Singapura dengan "cemerlang" selaku ahli parlimen, diplomat dan pendidik.

Beliau menambah Encik Conceicao sudah berkhidmat kepada negara "tanpa mengenal erti penat " menerusi pelibatannya bersama Persatuan Rakyat (PA), Muzium Negara dan Lembaga Pendidikan Dewasa yang kini adalah Institut Pendidikan Teknikal (ITE).

PM Lee juga menggambarkan Encik Conceicao sebagai salah seorang anggota masyarakat Serani "yang unggul" sambil berkata bahawa beliau meninggalkan warisan yang tiada tolok bandingnya. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan