Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jewel wujudkan 2,600 pekerjaan baru dalam pelbagai bidang

Gedung beli belah dan gaya hidup, Jewel Lapangan Terbang Changi menyatakan ia menambah kira-kira 2,600 pekerjaan dalam bidang-bidang seperti khidmat pelanggan dan keselamatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Apr 2019 09:10PM Dikemas Kini : 19 Apr 2019 11:08PM

SINGAPURA: Gedung beli belah dan gaya hidup, Jewel Lapangan Terbang Changi menyatakan ia menambah kira-kira 2,600 pekerjaan dalam bidang-bidang seperti khidmat pelanggan dan keselamatan.

Ia juga termasuk pekerjaan yang diwujudkan oleh banyak penyewanya dalam F&B dan jualan runcit.

Demi memastikan para pekerja dapat memberikan mutu khidmat yang baik serta sesuai dengan keperluan pekerjaan yang ditawarkan, para majikan di Jewel sebelum ini menjalankan sesi latihan bekerja.

Naiise Iconic, misalnya, sedang mengadakan sesi latihan tiga minggu untuk 29 pekerjanya.

Kedai itu dijadualkan dibuka pada bulan depan.

Latihan yang lebih terperinci turut dilalui oleh para pekerja dalam bidang F&B di Jewel.

Misalnya, di kedai utama Starbucks Singapore yang menawarkan pengalaman khusus di Jewel, mereka mengumpulkan hampir 40 barista yang dipilih sendiri daripada kumpulan kakitangannya di Singapura.

Sehingga separuh daripada mereka telah dihantar untuk mengikuti latihan khusus untuk Starbucks di Jewel dengan menjadi pakar lanjutan pembancuh kopi yang pertama di Singapura.

Dalam bidang khidmat pelanggan pula, syarikat SATS menempatkan para kakitangannya untuk membantu para penumpang pesawat untuk membuat pendaftaran masuk awal di Jewel.

Khidmat pembersihan juga dijangka menawarkan peluang pekerjaan yang banyak di Jewel memandangkan daya tarikan baru itu beroperasi sepanjang masa.

Robot-robot juga akan digunakan bagi sesetengah bidang pekerjaan bagi menyokong tenaga kerja yang ada.

Sumber : CNA/HA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan