Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jewel ‘permata hati’ Pesta Seni Bina Sedunia 2019; daya tarikannya tarik perhatian dunia

Jewel Lapangan Terbang Changi terpilih dalam senarai pendek bagi Anugerah Pesta Seni Bina Sedunia 2019 - program anugerah seni bina terbesar di dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Jewel ‘permata hati’ Pesta Seni Bina Sedunia 2019; daya tarikannya tarik perhatian dunia
Diterbitkan : 06 Jul 2019 10:27AM Dikemas Kini : 06 Jul 2019 10:30AM

SINGAPURA: Jewel Lapangan Terbang Changi terpilih dalam senarai pendek bagi Anugerah Pesta Seni Bina Sedunia 2019.

Pesta itu merupakan program anugerah seni bina yang terbesar di dunia.

Penganjur anugerah itu mendedahkan senarai tersebut pada Khamis (4 Jul), yang merangkumi sebanyak 534 projek dari 70 negara.

Jewel Lapangan Terbang Changi direka oleh Safdie Architects, syarikat yang menghasilkan reka bentuk resort bersepadu Marina Bay Sands dan ArtScience Museum.

Kompleks runcit dan riadah yang menelan belanja S$1.7 bilon untuk dibina dibangunkan di kawasan Lapangan Terbang Changi dan mendapat sambutan hangat apabila ia dibuka secara rasmi pada April lalu.

Dalam kenyataan medianya, penganjur pesta tersebut menarik perhatian bagaimana "lapangan terbang mesra alam" itu berjaya menampilkan sebuah taman awam dalam bangunan seluas 15,000 meter persegi yang turut dilengkapi dengan air terjun buatan setinggi 40 meter dan dihiasi "3,000 pokok dan 100,000 tumbuh-tumbuhan dari seantero dunia".

Jewel disenaraikan dalam kategori Bangunan - Pengangkutan Siap Dibina.

Lapan calon lain termasuk Lapangan Terbang Istanbul di Turki, Stesen Kowloon Barat di Hong Kong dan Dermaga Feri Barangaroo di Sydney, Australia.

Senarai tahun ini juga merangkumi projek-projek kediaman privet, pendidikan, infrastruktur, jagaan kesihatan, pelayanan, kebudayaan atau sivik dan projek landskap.

Para pemenang akan diputuskan di pesta itu, yang bakal berlangsung di Amsterdam dari 4 hingga 6 Disember ini. 

Sumber : Today/AI/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan