Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jewel Lapangan Terbang Changi dibuka semula 14 Jun

Jewel akan dibuka semula pada Isnin ini (14 Jun) setelah ditutup selama sebulan, menyusuli penularan COVID-19 di Lapangan Terbang Changi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Jun 2021 08:01PM Dikemas Kini : 11 Jun 2021 10:07PM

SINGAPURA: Jewel akan dibuka semula pada Isnin ini (14 Jun) setelah ditutup selama sebulan, menyusuli penularan COVID-19 di Lapangan Terbang Changi.

Ia sejajar dengan pelonggaran langkah-langkah sekatan yang dipertingkat mulai hari itu seperti yang diumumkan semalam (10 Jun) oleh Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian bagi COVID-19.

Namun, terminal-terminal penumpang Lapangan Terbang Changi akan terus ditutup kepada awam sedang kakitangannya membuat penyesuaian kepada langkah-langkah baru.

Pembahagian pekerja mengikut zon telah diperketat untuk mengurangkan risiko jangkitan antara pasukan berlainan.

Pekerja-pekerja yang berhubungan dengan penumpang yang tiba atau dalam persinggahan penerbangan kini perlu kekal di dalam zon masing-masing sepanjang waktu bekerja.

Ia termasuk semasa waktu makan dan rehat.

Pemakaian kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) juga dipertingkat.

Segelintir pekerja lapangan terbang juga perlu mengambil ujian pernafasan atau 'breathalyser' secara kerap.

Ia akan dilancarkan secara berperingkat untuk menggantikan ujian pantas antigen (ART) yang kini mereka perlu lalui.

Para pekerja lapangan terbang perlu mengambil ujian 'breathalyser' sebelum setiap syif pekerjaan, manakala ujian ART perlu diambil sekali setiap tiga hari.

Sejak 3 Jun, pihak berkuasa telah merintis ujian COVID-19 menggunakan ujian pernafasan atau 'breathalyser'.

"Apa yang ingin kami lakukan adalah untuk terus meningkatkan keyakinan dan keselamatan pengangkutan udara dan bahawa Singapura serta khususnya Lapangan Terbang Changi, akan menjadi hab pengangkutan yang selamat pada masa akan datang," kata Menteri Pengangkutan S Iswaran. 

Sumber : CNA/ZM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan