Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jewel Lapangan Terbang Changi dibuka rasmi hari ini

Jewel Lapangan Terbang Changi dibuka rasmi pagi tadi (17 Apr) kepada orang ramai, termasuk pelancong dari seluruh dunia. 

Anggaran Waktu Membaca:
Jewel Lapangan Terbang Changi dibuka rasmi hari ini
Diterbitkan : 17 Apr 2019 07:28PM Dikemas Kini : 17 Apr 2019 07:33PM

SINGAPURA: Jewel Lapangan Terbang Changi dibuka rasmi pagi tadi (17 Apr) kepada orang ramai, termasuk pelancong dari seluruh dunia.

Ia dibuka rasmi seminggu selepas para penduduk tempatan diberi peluang untuk melihat-lihat lebih awal kemudahan yang disediakan.

Sempena pembukaannya beberapa kedai menawarkan potongan harga untuk menarik kedatangan pengunjung.

Sebilangan kedai di Jewel menyaksikan orang ramai beratur panjang seawal 4.30 pagi.

Seorang lelaki 37 tahun mengambil cuti demi menjadi antara yang pertama merasakan hidangan rangkaian restoran burger dari New York itu.

Ini walaupun Jewel hanya dibuka rasmi pada jam 10.00 pagi.

Satu lagi perniagaan yang melancarkan niaga sempena pembukaan rasmi Jewel adalah kedai Churros ini yang memberikan churros percuma kepada 100 pelanggan pertama, dan menjangka 50,000 Churrosnya lagi akan laku dijual sepanjang minggu.

Banyak lagi perniagaan besar yang menawarkan potongan harga dan promosi bagi menarik pelanggan pada hari pertama pembukaan Jewel.

Bukan sahaja pengunjung tempatan tetapi pelawat asing juga sempat mengenepikan masa tambahan sebelum penerbangan mereka, agar dapat mengunjungi tarikan terbaru Singapura ini.

Lagi beberapa perniagaan tempatan dan antarabangsa akan membuka niaga pada minggu-minggu mendatang.

Masa operasi Jewel Lapangan Terbang Changi adalah dari jam 10.00 pagi hingga jam 10.00 malam setiap hari, sementara beberapa perniagaan dibuka dibuka 24 jam.  

Sumber : CNA/RL/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan