Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jesselton Dental Centre digantung dari CHAS kerana 'ketidakpatuhan teruk'

Jesselton Dental Centre akan digantung daripada Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS) pada 16 Jan, dedah Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (13 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Jesselton Dental Centre digantung dari CHAS kerana 'ketidakpatuhan teruk'

(Gambar: Chalabala/Canva)

Diterbitkan : 13 Jan 2021 05:57PM Dikemas Kini : 13 Jan 2021 05:58PM

SINGAPURA: Jesselton Dental Centre akan digantung daripada Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS) pada 16 Jan, dedah Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (13 Jan).

Audit ke atas klinik di Pacific Plaza pada 2018 dan 2019 menemui "ketidakpatuhan teruk" termasuk tuntutan subsidi yang tidak betul tanpa dokumentasi sokongan sewajarnya serta tuntutan yang melebihi had yang dibenarkan, dedah kementerian itu.

"MOH dimaklumkan pada 27 April 2020 bahawa hak milik dan pemegang lesen Jesselton Dental Center dipindahkan dari Resilient Healthcare Group Pte Ltd ke Alliance Management Group Pte Ltd.

"Terhapusnya Resilient Healthcare Group Pte Ltd sebagai pemegang lesen, ditambah dengan ketidakpatuhan Jesselton Dental Centre, mewajarkan penggantungan klinik ini daripada CHAS. MOH akan terus menyiasat klinik tersebut walaupun dengan perubahan pemilik."

Walaupun ini bermakna bahawa klinik tidak itu lagi dibenarkan untuk membuat tuntutan subsidi CHAS bagi pihak pesakitnya, pihak kementerian akan membenarkannya terus beroperasi selagi doktor giginya memiliki sijil pendaftaran dan praktik yang sah dari Majlis Pergigian Singapura.

MOH menyatakan pihaknya sudah menerima permohonan baru untuk pentauliahan CHAS dari Alliance Management Group, pemilik dan pemegang lesen klinik itu, dan sedang menilai permohonan tersebut.

“MOH mengambil serius amalan menyalahi peraturan sebegitu dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan penguatkuasaan apabila perlu, termasuk merujukkan karyawan jagaan kesihatan yang melakukan kesalahan kepada lembaga profesional masing-masing," tambah kementerian itu.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan