Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jerebu mungkin landa S'pura; tompok panas dikesan di Johor pada hari kedua

Sebahagian kawasan di Singapura mungkin mengalami cuaca berjerebu, setelah tompok panas dikesan di Johor pada hari kedua berturut-turut.

Anggaran Waktu Membaca:
Jerebu mungkin landa S'pura; tompok panas dikesan di Johor pada hari kedua

Gambar fail. (Gambar: Calvin Oh)

Diterbitkan : 12 Apr 2018 09:49PM Dikemas Kini : 12 Apr 2018 09:53PM

SINGAPURA: Sebahagian kawasan di Singapura mungkin mengalami cuaca berjerebu, setelah tompok panas dikesan di Johor pada hari kedua berturut-turut, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) hari ini (12 Apr).

Asap jerebu itu bertiup ke arah laut di kawasan barat daya Singapura, menurut NEA di laman Facebooknya sekitar pukul 6.40 petang tadi (12 Apr)

"Perubahan angin ke arah timur mungkin meniup asap jerebu ke beberapa kawasan di Singapura dan mungkin juga terdapat bau terbakar di udara," jelas NEA.

Semalam (11 Apr), sebahagian penduduk di kawasan timur Singapura mengadu terhidu bau terbakar di udara. Menurut NEA, ini disebabkan tompok panas dengan kepulan asap tebal dikesan di tenggara Johor.

Ini merupakan kawasan yang sama di mana tompok panas dikesan hari ini, tambah NEA. Menurut NEA lagi, sehingga pukul 6.00 petang tadi, PSI 24 jam adalah antara 49 dengan 56, iaitu dalam lingkungan sederhana.

Bacaan PSI PM2.5 setiap 1 jam pula menunjukkan 8-18µg/m3, dalam Lingkaran 1 (Biasa).

Esok, NEA menyatakan tiupan angin dijangka dari timur-timur laut, dengan hujan berserta guruh pada sebelah petang.

"Kami sedang memantau mutu udara dan akan memberikan maklumat terkini sekiranya terdapat sebarang perubahan," tambah NEA.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan