Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jemaah umrah S'pura bagi Nov/Dis ini dijangka naik sekitar 25%, cecah 15,000 orang

Bilangan rakyat Singapura yang mengerjakan umrah akhir tahun pada November dan Disember ini dijangka meningkat sehingga 15,000 jemaah.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Bilangan rakyat Singapura yang mengerjakan umrah akhir tahun pada November dan Disember ini dijangka meningkat sehingga 15,000 jemaah.

Ini antara lain didorong oleh pemansuhan levi 2,000 riyal (S$730) bagi jemaah umrah berulang yang diumumkan oleh kerajaan Arab Saudi baru-baru ini.

Demikian menurut Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Muslim Singapura (AMTAS), Ustaz Tengku Mohd Fouzy, kepada BERITAmediacorp.

Bagi para jemaah umrah berulang, ini pastinya berita baik memandangkan kos pakej yang perlu dibayar kini lebih murah berbanding dua tiga tahun sebelum ini.

"Dengan adanya pemansuhan SR2,000 (S$730) kemungkinan mereka yang terhalang, kerana kena bayar SR2,000 (sebelum ini), mereka akan membuatkan pemilihan untuk pergi umrah kali ini dan tidak lagi dikenakan bayaran," ujar Ustaz TM Fouzy.

Jemaah umrah berulang ialah mereka yang berangkat mengerjakan umrah lebih daripada sekali dalam tempoh dua tahun. Peraturan itu diperkenalkan pada tahun 2016.

Dianggarkan, sekitar lima peratus jemaah umrah Singapura menunaikan ibadah itu lebih daripada sekali dalam tempoh setahun.

Ustaz TM Fouzy memberitahu BERITAmediacorp bahawa jumlah jemaah Singapura yang akan menunaikan ibadah umrah pada cuti hujung tahun ini dijangka meningkat, walaupun jemaah kali pertama kini perlu membayar levi baru.

"Biasanya pihak ejen-ejen kami di Singapura menerima tempahan yang menggalakkan, yang baik sewaktu musim cuti sekolah. Kalau kira tahun yang sudah dalam 12,000-13,000 jemaah umrah pada hujung tahun. Mungkin tahun ini akan meningkat saya rasa mungkin dalam 15,000," tambah Ustaz TM Fouzy.

Ini meskipun levi-levi baru yang berjumlah 500 Riyal kesemuanya (S$200) akan dikenakan pihak berkuasa Arab Saudi baru-baru ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan