Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jemaah S'pura terus hulur derma bantu mangsa tsunami Selat Sunda

Semangat menderma dalam kalangan masyarakat Islam Singapura bagi membantu mangsa bencana di luar negara masih kekal utuh.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Semangat menderma dalam kalangan masyarakat Islam Singapura bagi membantu mangsa bencana di luar negara masih kekal utuh.

Ini dapat dilihat menerusi kutipan dana yang diadakan di masjid-masjid tempatan dengan orang ramai tampil untuk membuat sumbangan.

Ketika BERITAmediacorp ke Masjid Mujahidin hari ini (4 Jan) untuk menyaksikan sendiri kegiatan kutipan dana untuk mangsa tsunami di Selat Sunda, para jemaah kelihatan tidak putus-putus menghulurkan sedikit sumbangan selepas selesai solat Jumaat.

"Lancar, baguskan. Kita ada semangat untuk menderma. Apalagi yang minta bantuan untuk ini (ditimpa bencana), kita bantulah seberapa yang ikhlas kita bantu," kata seorang jemaah, Encik Muhd Shali Midi.

Beberapa jemaah yang ditemui BERITAmediacorp turut mengalu-alukan inisiatif seumpama itu kerana ingin membantu mereka dalam kesusahan, apatah lagi para mangsa bencana Selat Sunda tidak lain dan tidak bukan "jiran kita".

"Sebenarnya kami sangat-sangat berbesar hati kerana dapat menyokong mana-mana badan pun, baik Rahmatan lil Alamin, mana-mana NGO atau mereka-mereka yang perlukan sokongan, kita berbesar hati sangat kalau dapat membantu mereka, kata Muazzin Masjid Mujahidin, Encik Rosli Abu.

Dalam tempoh enam bulan, tiga inisiatif pengumpulan dana khas bagi membantu para mangsa bencana di luar negara dijalankan Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) dengan kerjasama masjid-masjid tempatan.

Pada September lalu, hampir $85,000 dikumpulkan 70 masjid tempatan bagi membantu mangsa banjir di Kerala, India.

Oktober lalu pula, lebih $360,000 berjaya diraih pihak masjid bagi para mangsa gempa bumi dan tsunami di Sulawesi.

Orang ramai masih boleh membuat sumbangan di masjid, menerusi laman web Zakat MUIS, atau aplikasi MuslimSG hingga Khamis depan (10 Jan).

Semua hasil kutipan akan diserahkan kepada Mercy Relief untuk membiayai kos barang-barang keperluan asas dan khidmat perubatan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan