Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jemaah haji S'pura sempurnakan ibadah lontar jamrah

Kesemua 900 jemaah haji Singapura tahun ini sudah selesai menyempurnakan ibadah melontar ketiga-tiga jamrah, menjelang Hari Tasyriq ketiga hari ini (13 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:

MINA: Kesemua 900 jemaah haji Singapura tahun ini sudah selesai menyempurnakan ibadah melontar ketiga-tiga jamrah, menjelang Hari Tasyriq ketiga hari ini (13 Ogos).

Selepas selesai ibadah tawaf dan sai haji pada esok atau lusa, barulah sempurna ibadah haji para jemaah.

Seperti yang dilaporkan pihak berkuasa Arab Saudi, pergerakan para jemaah haji Singapura melontar
ketiga-tiga jamrah di Mina juga berjalan lancar dan teratur.

"Walaupun perjalanannya dua hingga tiga kilometer, kami dapat mengatasinya dan meskipun sesak dengan para jemaah haji lain, semuanya berjalan dengan lancar," menurut Encik Suhaimi Biden, seorang jemaah Singapura.

Seorang lagi jemaah, Cik Rashida Wahyudi pula berkata: "Alhamdulillah, semua dapat dikawal dengan baik. Semuanya berjalan dengan lancar dan kita semua bekerjasama antara satu sama lain."

Terdapat sebilangan jemaah yang bangun seawal 3.00 pagi tadi untuk berjalan ke kompleks melontar jamrah bagi memenuhi keperluan bermalam di Mina, sebelum membuat lontaran ketiga-tiga jamrah - Ula, Wusta dan Aqabah.

Selepas selesai memenuhi syarat melontar ketiga-tiga jamrah buat hari ketiga berturut-turut, maka selesailah ibadah melontar bagi musim haji kali ini.

Setelah itu, ada sesetengah jemaah yang akan berangkat ke penginapan mereka di Makkah, melakukan lawatan ke Madinah, atau terus pulang ke tanah air.

Kumpulan pertama jemaah haji Singapura akan berangkat pulang pada hujung minggu ini.                 

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan