Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jelang Ramadan, badan Melayu/Islam giat kumpul dana berbuka puasa bagi golongan memerlukan

Badan-badan Melayu/Islam   giat mendekati masyarakat dalam usaha mengumpul dana bagi menyediakan juadah berbuka puasa untuk golongan memerlukan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Badan-badan Melayu/Islam giat mendekati masyarakat dalam usaha mengumpul dana bagi menyediakan juadah berbuka puasa untuk golongan memerlukan.

Bahkan, dengan sambutan yang menggalakkan sumbangan bukan sahaja dapat membantu penduduk di Singapura, malah juga masyarakat Muslim di Amerika Selatan dan Afrika.

HALAL GOODS DO GOOD BANTU 4,400 INDIVIDU

Bermula dengan sasaran menyediakan hidangan berbuka puasa bagi 2,000 individu, pertubuhan Halal Goods Do Good tidak menjangkakan sama sekali sambutan luar biasa yang mereka terima.

Dalam masa beberapa hari sahaja, kumpulan masyarakat itu berjaya mengumpulkan dana bukan hanya bagi 2,000 orang, tetapi sehingga 4,400 individu.

Berkat sifat ihsan dan sokongan memberangsangkan masyarakat, Halal Goods Do Good berjaya mengumpul S$17,600 bagi Project Goodwill Aid (PGA) dan Kindness Kitchen SG (KKSG) untuk membekalkan hidangan berbuka bagi golongan memerlukan di Singapura.

Penyelaras Projek Halal Goods Do Good, Cik Zahira Zainal berkata: "Kami sedang memasuki fasa pemulihan ekonomi global, jadi kami tak pasti apa yang dapat menarik perhatian awam untuk menderma.

"Jadi kami mulakan dengan langkah kecil iaitu slot S$4 bagi setiap sumbangan, jadi setiap orang boleh membuat sumbangan, sekecil mana pun.

"Kami tidak sangka ramai yang tampil ke depan. Sebenarnya bukan hanya menderma satu atau dua, tetapi memilih banyak slot untuk buat sumbangan."

Lantas, Projek Halal Goods Do Good berhasrat memperluaskan inisiatif tersebut juga di luar bulan Ramadan.

HASTRAS SASAR GOLONGAN MEMERLUKAN DI LUAR NEGARA

Sedar akan nikmat pilihan juadah enak semasa berbuka puasa di Singapura, syarikat tempatan Hastras pula berhasrat berkongsi pengalaman yang sama dengan mengumpul dana bagi mereka yang memerlukan di luar negara. Orang ramai pula boleh membuat sumbangan serendah S$5 bagi satu hidangan makanan.

Dana tersebut akan disalurkan kepada mereka di Filipina, Venezuela dan Benin di Afrika Barat.

"Di kawasan mereka, ramai sangat yang memerlukan jadi kami ingin membantu mereka dengan sumbangan berbuka ini.

"Jadi jumlah keseluruhan yang kami ingin kumpul ialah dalam S$150,000 iaitu untuk memberikan bantuan kepada 30,000 orang," jelas pegawai perhubungan pelanggan Hastras, Muhammad Hasbi Jailani.

Namun Hastras akur cabaran terbesar bagi inisiatif besar-besaran sedemikian adalah bagi mendapatkan sumbangan yang konsisten daripada orang ramai.

Lantaran itu, pihaknya mencipta app yang memudahkan masyarakat menyumbang dengan lebih lancar dan pada bila-bila masa sahaja.

Orang ramai boleh terus menyumbang bagi juadah berbuka menerusi app Hastras sehingga 27 Ramadan ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan