Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jejambat PIE runtuh: Jurutera mengaku tahu kesilapan rekaan, rekahan struktur sebelum kemalangan

Meskipun mengetahui mengenai kesilapan pada rekaan dan keretakan di bahagian struktur sokongan jejambat, seorang jurutera yang ditugaskan untuk menyiapkan kerja-kerja binaan dan menyelianya tidak mengambil tindakan yang sewajarnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Jejambat PIE runtuh: Jurutera mengaku tahu kesilapan rekaan, rekahan struktur sebelum kemalangan

Jurutera mengaku tahu kesilapan rekaan, rekahan struktur sebelum kemalangan. (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 20 Nov 2019 09:09PM Dikemas Kini : 20 Nov 2019 09:14PM

SINGAPURA: Meskipun mengetahui mengenai kesilapan pada rekaan dan keretakan di bahagian struktur sokongan jejambat, seorang jurutera yang ditugaskan untuk menyiapkan kerja-kerja binaan dan menyelianya tidak mengambil tindakan yang sewajarnya.

Sebahagian daripada jejambat dari Expreswe Tampines hingga Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) dan Upper Changi Road runtuh pada awal pagi 14 Jul 2017, semasa para pekerja sedang memasang konkrit antara dua tiang.

11 pekerja yang berada di bahagian atas struktur itu terjatuh. Seorang pekerja maut, manakala yang lain cedera.

Setelah runtuhan itu berlaku, jurutera Robert Arianto Tjandra, 46 tahun, memberitahu seorang anggota kumpulannya bahawa runtuhan itu "jelas satu kesilapan reka bentuk".

Tjandra mengaku bersalah pada Rabu (20 Nov) terhadap tiga tuduhan melakukan perbuatan yang membahayakan keselamatan orang lain di tempat kerja, gagal mengambil semua langkah berjaga-jaga dan memeriksa pelan struktur dengan terperinci bagi memastikan kerja binaan selaras dengan peraturan, dan memberikan kebenaran melaksanakan kerja binaan tanpa kelulusan sewajarnya.

Dua lagi tuduhan diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.

Ia merujuk kepada pensijilan palsu bahawa lakaran pelan serta kiraan reka bentuk jejantas disiapkan berdasarkan peraturan. Tjandra juga gagal memaklumkan pihak pesuruhjaya kawalan bangunan bahawa dia melanggar Akta Kawalan Bangunan.

Tjandra mengaku bersalah sebelum tamat perbicaraan. Dia didakwa bersama empat lagi individu dan syarikat binaan Or Kim Peow Contractors (OKP), yang didenda S$10,000 pada Julai kerana menjalankan kerja-kerja binaan yang tidak diluluskan. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan