Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jawatankuasa semakan NUS saran 'hukuman lebih berat' bagi pesalah seksual

Sebuah jawatankuasa semakan dari Universiti Nasional Singapura (NUS) menyarankan agar hukuman lebih berat dikenakan bagi kesalahan seksual. Ini selepas siri kesalahan seumpama itu didedahkan kepada awam tahun ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 May 2019 02:31PM Dikemas Kini : 16 May 2019 01:09AM

SINGAPURA: Sebuah jawatankuasa semakan dari Universiti Nasional Singapura (NUS) menyarankan agar hukuman lebih berat dikenakan bagi kesalahan seksual.

Ini selepas siri kesalahan seumpama itu didedahkan kepada awam tahun ini.

Dalam kiriman emel kepada kakitangan, alumni dan pelajar NUS pada Rabu (15 Mei) yang dilihat Mediacorp, jawatankuasa berkenaan menyatakan "terdapat keperluan jelas untuk menyesuaikan semula rangka kerja sekatan dan memperketat denda sebagai pencegahan yang kuat, dan untuk mencerminkan betapa seriusnya kesalahan tersebut."

HUKUMAN LEBIH BERAT

Jawatankuasa itu juga menyarankan sekatan baru, termasuk sisipan pada transkrip pesalah yang akan didedahkan bagi program latihan amali dan pekerjaan.
Ia akan menunjukkan tempoh penggantungan pesalah dan akan kekal dalam transkrip untuk "satu tempoh masa" selepas pesalah itu tamat pengajiannya.

Tempoh penggantungan sekurang-kurangnya setahun dan tindakan buang sekolah bagi "kesalahan berat" turut dicadangkan jawatankuasa tersebut.

Jawatankuasa itu juga sedang menyemak saranan yang dikemukakan oleh NUS bagi menubuhkan unit sokongan khas bagi para mangsa kesalahan seksual.

Laporan terakhir jawatankuasa itu, yang akan merangkumi saranan-saranan muktamad, akan diterbitkan menjelang pertengahan Jun.

Jawatankuasa tersebut ditubuhkan selepas NUS mendapat tumpuan meluas bagi pengendalian kes-kes salah laku seksual. Pada April, mahasiswi Monica Baey menyiarkan di Instagram seruan agar tindakan lebih keras diambil terhadap seorang pelajar, Nicholas Lim yang merakamnya dalam bilik mandi hostel.

Dalam satu kes terbaru, mahasiswa NUS Joel Rasis Ismail didakwa pada Isnin atas satu kesalahan jenayah menceroboh dan satu kesalahan mencabul kehormatan wanita. Dia dituduh merakam seorang wanita 23 tahun yang sedang mandi di kampus universiti. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan