Images
  • Committee
    Barisan anggota Jawatankuasa Pilihan. 

Jawatankuasa Pilihan bagi kepalsuan online disengajakan bakal adakan sesi perbincangan awam pada Mac

SINGAPURA: Jawatankuasa Pilihan, yang akan mengkaji cara-cara membanteras kepalsuan online disengajakan, hari ini (5 Mac) mengumumkan ia akan mengadakan beberapa perbincangan awam dalam bulan ini.

Sesi perbincangan itu akan menimbangkan bukti lisan daripada pakar-pakar, pihak-pihak berkepentingan industri dan masyarakat awam, menurut jawatankuasa itu.

Jawatankuasa itu sudah menetapkan lapan tarikh berasingan bagi perbincangan tersebut. Dari 14 hingga 16 Mac, 22 hingga 23 Mac dan 27 hingga 29 Mac.

Sedang sesi-sesi perbincangan itu diadakan, jawatankuasa tersebut akan memutuskan sama ada semua tarikh akan digunakan.

Sesi-sesi tersebut akan diadakan di Bilik Perbincangan Awam Parlimen dan juga dibuka kepada masyarakat awam dan media.

Mereka yang berminat untuk menyerahkan perwakilan bertulis kepada Jawatankuasa Pilihan itu, boleh melakukannya diberi tempoh sehingga pukul 4.30 petang pada Rabu (7 Mac).

Pada bulan lalu, jawatankuasa itu menyatakan sejauh ini ia menerima 22 saranan daripada orang awam.

Namun pengerusinya, Charles Chong menekankan jawatankuasa itu berharap untuk mengumpulkan lebih banyak cadangan - termasuk daripada pakar-pakar asing - supaya ia memperoleh idea-idea yang lebih luas untuk diteliti.

Lebih banyak maklumat tentang perwakilan bertulis serta individu dan pertubuhan yang akan menyampaikan bukti lisan semasa sesi perbincangan awam itu akan disediakan selepas Jawatankuasa Pilihan mengadakan mesyuarat pada Jumaat ini (9 Mac).

- CNA/NK/nk

Top