Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jawatankuasa Pembangunan Bandar Sengkang ditubuhkan untuk menilai keperluan penduduk

Jawatankuasa Pembangunan Bandar Sengkang ditubuhkan bagi meneliti aspek pembangunan prasarana dan keperluan para penduduk di kawasan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Jawatankuasa Pembangunan Bandar Sengkang ditubuhkan untuk menilai keperluan penduduk

Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Dr Lam Pin Min di acara pecah tanah Kelab Masyarakat Fernvale hari ini (7 Jul). (Gambar: Tan Si Hui)

Diterbitkan : 07 Jul 2018 10:50PM Dikemas Kini : 07 Jul 2018 10:53PM

SINGAPURA: Jawatankuasa Pembangunan Bandar Sengkang ditubuhkan bagi meneliti aspek pembangunan prasarana dan keperluan para penduduk di kawasan itu.

Ini diumumkan oleh Menteri Negara Kanan Lam Pin Min di majlis pecah tanah bagi Kelab Masyarakat Fernvale hari ini (7 Jul). Turut hadir di acara itu ialah Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Jumlah menduduk di Sengkang mencecah 70,000 orang sekarang ini dan ia dijangka terus meningkat. Lantaran itu, sebuah jawatankuasa perlu ditubuhkan bagi membangunkan lagi kawasan tersebut demi kepentingan penduduk.

"Di bawah bimbingan Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean, lima penasihat Bandar Sengkang bekerjasama dan berkongsi tentang pelan-pelan pembangunan di samping berbincang tentang perkara-perkara berkaitan dengan keperluan para penduduk di sini," kata Dr Lam.

Barisan penasihat bagi jawatankuasa itu termasuk Dr Lam sendiri, yang juga mempengerusikan jawatankuasa tersebut, Timbalan Speaker Parlimen Charles Chong, serta Anggota Parlimen Teo Ser Luck, Dr Intan Azura Mokhtar dan Encik Gan Thiam Poh.

Encik Charles Chong turut dilantik sebagai naib pengerusi jawatankuasa berkenaan, sementara tiga penasihat yang lain masing-masing akan mempengerusikan sebuah jawatankuasa kecil.

Mereka akan meninjau isu-isu berhubung institusi-institusi prasekolah dan pendidikan, pengangkutan awam, mobiliti penduduk, majlis bandaran dan sekitaran.

"Jawatankuasa Pembangunan Bandar Sengkang akan memberi tumpuan pada pembangunan prasarana serta keperluan penduduk Sengkang seperti khidmat tajaka dan pendaftaran darjah satu. Di sini rata-rata penduduknya muda, jadi kami berdepan dengan cabaran-cabaran yang serupa."

Beberapa penduduk yang ditemui Mediacorp juga berharap lebih banyak pusat jagaan kanak-kanak akan dibuka di samping menantikan lebih banyak khidmat bas yang menghubungkan mereka ke merata Singapura.

Kelab Masyarakat Fernvale yang baru dijadual siap pada tahun 2020 dan dilengkapi dengan kemudahan seperti pusat penjaja, pasar basah dan sebuah tajaka.

Rancangan bagi Kelab Masyarakat tersebut diumumkan dua tahun lalu. Ia terletak bersebelahan pusat beli-belah Seletar Mall.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan