Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Jauh di mata, dekat di hati': Presiden Halimah kongsi kesyahduan Hari Raya kali ini

Hari Raya yang bakal menjelang tahun ini pasti berbeza, kata Presiden Halimah Yacob pada Sabtu (23 Mei), namun ia tidak seharusnya memudarkan "keriangan atau makna sambutannya".

Anggaran Waktu Membaca:
'Jauh di mata, dekat di hati': Presiden Halimah kongsi kesyahduan Hari Raya kali ini

Presiden Halimah bersama cucunya semasa Hari Raya 2019 (Gambar: Facebook/Halimah Yaacob)

SINGAPURA: Hari Raya yang bakal menjelang tahun ini pasti berbeza, kata Presiden Halimah Yacob pada Sabtu (23 Mei), namun ia tidak seharusnya memudarkan "keriangan atau makna sambutannya".

Presiden Halimah juga melahirkan rasa gembira kerana masyarakat Islam setempat tidak mengetepikan tanggungjawab menjaga kesihatan dan keselamatan sesama masyarakat sedang mereka melaksanakan kewajipan berpuasa dan ibadah sepanjang bulan Ramadan.

Menulis di laman Facebooknya pada Sabtu (23 Mei), Presiden Halimah berkongsi bahawa beliau juga akan merindui keluarganya, terutamanya cucunya, yang lazimnya berkumpul di rumahnya pada hari 1 Syawal.

"Maka itu saya faham perasaan anggota masyarakat Islam yang tiada perhimpunan keluarga besar-besaran dan kunjung-mengunjung tahun ini."

Sungguhpun demikian Puan Halimah mengambil perhatian terhadap usaha sebahagian anggota masyarakat yang merancang untuk mengadakan Rumah Terbuka secara online dan menyambut kehadiran sanak keluarga sedang mereka memakai pakaian tradisional sedondon sambil menikmati juadah hari raya menerusi sidang video.

Turut membuka pintunya secara maya adalah Istana, yang menurut Puan Halimah membatalkan Rumah Terbuka Hari Raya tahunannya kali ini kerana pandemik virus korona.

Beliau melahirkan harapan agar apabila langkah pemutus rantaian jangkitan dilonggarkan selepas 1 Jun kelak, orang ramai akan "terus berjaga-jaga dan mengamalkan sikap bertanggungjawab" untuk mengelakkan gelombang kedua jangkitan COVID-19, seperti yang berlaku di negara-negara lain.

"Hari Raya tahun ini kurang meriah namun satu yang tidak dapat dilupakan, sedang kita merayakannya tanpa kunjung-mengunjungi sanak saudara," kata Presiden Halimah.

"Ibarat pepatah Melayu berbunyi, 'Jauh di mata, dekat di hati'. Orang yang disayangi berjauhan dari pandangan namun tetap dekat di hati terutama dalam tempoh ini.

"Saya mengucapkan kepada semua kaum Muslim, Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin!"


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini bulan Syawal: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan