Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jarak patut diluaskan jika kereta api depan rosak, kata pakar

Pakar-pakar kejuruteraan terus menyoal bagaimana ciri perlindungan sofwe kereta api boleh ditiadakan apabila ia melalui litar isyarat yang rosak.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Nov 2017 08:38PM Dikemas Kini : 16 Nov 2017 10:51PM

SINGAPURA: Pakar-pakar kejuruteraan terus menyoal bagaimana ciri perlindungan sofwe kereta api boleh ditiadakan apabila ia melalui litar isyarat yang rosak.

Bagaimanapun mereka mengatakan, jarak antara kedua-dua kereta api yang terlibat dalam pelanggaran semalam (15 Nov) di stesen Joo Koon sepatutnya diluaskan jika kereta api di hadapan sudah mengalami kerosakan.

Hasil siasatan awal ke atas kemalangan kereta api semalam menunjukkan jarak antara kedua-dua kereta api sebelum berlanggar semalam hanya 10.7 meter.

Walaupun penyedia khidmat sistem isyarat, Thales berkata ini dalam jarak yang selamat yakni antara 10 hingga 50 meter, namun pakar-pakar lain berkata, jaraknya terlalu dekat.

Mereka menambah, apabila berlaku kerosakan pada satu kereta api, kereta api yang menyusul di belakang sepatutnya diprogram agar bertindak dengan selamat.

SMRT berkata, ada pemandu di dalam kereta api belakang yang melanggar kereta api yang tidak bergerak di hadapan.

Namun, belum jelas sama ada beliau sempat bertindak.

SMRT mengatakan kereta api itu hanya bergerak pada kelajuan 16 kilometer sejam sahaja dan untuk selama 10 saat sahaja, sebelum melanggar kereta api hadapan.

Pihak berkuasa berkata, pemandu kereta api yang melanggar itu sudah bertugas selama setahun setengah dan siasatan sedang berjalan.  

Sumber : CNA/RL/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan