Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jangka hayat rakyat S'pura antara tertinggi di dunia; COVID-19 perkukuh 'semangat gotong-royong'

Jangka hayat rakyat Singapura adalah antara yang tertinggi di dunia, dengan 81.4 tahun bagi kaum lelaki dan 85.7 tahun bagi kaum wanita pada 2019, menurut laporan terkini sektor awam yang dikeluarkan pada Khamis (26 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Jangka hayat rakyat S'pura antara tertinggi di dunia; COVID-19 perkukuh 'semangat gotong-royong'

Orang ramai menyeberang persimpangan jalan raya di kawasan Orchard Road pada 25 Sep 2020. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 26 Nov 2020 03:08PM Dikemas Kini : 26 Nov 2020 03:14PM

SINGAPURA: Jangka hayat rakyat Singapura adalah antara yang tertinggi di dunia, dengan 81.4 tahun bagi kaum lelaki dan 85.7 tahun bagi kaum wanita pada 2019, menurut laporan terkini sektor awam yang dikeluarkan pada Khamis (26 Nov).

Semakan Hasil Sektor Awam Singapura, yang diterbitkan setiap dua tahun, juga menyentuh tentang COVID-19, dengan menarik perhatian bahawa pandemik itu memupuk "semangat peduli dan prihatin yang kukuh dan menyelah" terhadap satu sama lain.

Laporan itu, yang disiapkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) turut menunjukkan prestasi Singapura dalam bidang-bidang utama yang menjadi kepentingan negara dengan data merangkumi hingga 2019 bagi kebanyakan kes.

Menurut laporan itu, jangka hayat ketika lahir yang disesuaikan dengan kesihatan rakyat Singapura juga merupakan antara yang tertinggi di dunia. Dengan mengukur berapa tahun seseorang dijangka dapat hidup dalam keadaan sihat, jangka hayat dianggarkan 72.6 tahun bagi kaum lelaki dan 75.8 tahun untuk wanita pada 2017.

Kadar kematian di Singapura yang disebabkan oleh barah, angin ahmar dan penyakit jantung juga merosot sepanjang beberapa tahun lalu, menurut laporan itu.

Bagaimanapun, sekitar sepertiga penduduk yang berusia 40 hingga 69 tahun mengalami darah tinggi, dengan satu daripada setiap tujuh penduduk menghidap kencing manis dan dua daripada setiap lima penduduk mempunyai paras kolesterol yang tinggi.

COVID-19 PUPUK SEMANGAT KEMASYARAKATAN

Meskipun COVID-19 menjejas segenap aspek kehidupan, ia juga melahirkan semangat perpaduan masyarakat yang kuat dalam kalangan rakyat Singapura, menurut laporan itu.

Lebih 28,000 relawan akar umbi, perkhidmatan awam dan rakyat menyingsing lengan untuk sama-sama mengagihkan pelitup di seluruh negara, sementara lebih 1,500 pemimpin dan sukarelawan akar umbi memainkan peranan sebagai duta jarak selamat.

Para individu juga bersikap bertanggungjawab untuk mematuhi langkah-langkah kesihatan awam negara, menurut laporan itu. Sebagai contoh, aplikasi TraceTogether merangkumi lebih daripada 50 peratus penduduk, dengan lebih 2.9 juta pengguna aplikasi dan token TraceTogether pada November.

Antara Januari hingga Mei tahun ini, S$90 juta disumbangkan kepada Dana Masyarakat, Dana Sayang Sayang Singapura di bawah Yayasan Masyarakat, serta menerusi aplikasi SG Cares dan wadah derma Giving.sg.

90% KELUARGA TINGGAL DALAM LINGKUNGAN 10 MIN DARI TAMAN

Dengan sekitar 90 peratus keluarga di Singapura tinggal dalam jarak 10 minit berjalan kaki dari taman, Singapura adalah antara bandar paling mesra alam di dunia, dedah laporan itu.

70 peratus keluarga juga
juga tinggal dalam jarak 10 minit berjalan kaki dari stesen kereta api, menurut laporan itu lagi.

Terdapat perumahan awam yang dimampui dan mudah diakses, dengan 80 peratus isi rumah penduduk tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), dengan 90 peratus memiliki rumah mereka sendiri.

Laporan itu juga menarik perhatian bahawa bandar-bandar lebih berdaya teknologi dan mampan menerusi ciri-ciri seperti meter utiliti dan lampu bijak.

Rangkaian pengangkutan Singapura juga "mudah, diyakini dan senang diakses", menurut laporan itu. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan