Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Jangan takut' membantu, kata pasangan yang selamatkan lelaki diserang sakit jantung

Pasangan Faizal dan Hafawati yang lakukan CPR dan berjaya selamatkan nyawa lelaki pengsan, gesa orang ramai supaya berani bertindak.

Anggaran Waktu Membaca:
'Jangan takut' membantu, kata pasangan yang selamatkan lelaki diserang sakit jantung

Muhammad Faizal Ibrahim dan Noor Hafawati Othman tampil membantu. (Gambar: Facebook/Aaron Chua)

Diterbitkan : 03 Jul 2018 11:24PM Dikemas Kini : 04 Jul 2018 12:39AM

SINGAPURA: Wira. Itulah label yang diberikan rakan-rakan kerja Muhammad Faizal Ibrahim dan teman wanitanya yang menyelamat nyawa seorang lelaki yang rebah di luar Sim Lim Tower, kelmarin.


Encik Faizal, 26 tahun, dan Cik Noor Hafawati Othman, 28 tahun, sedang dalam perjalanan untuk makan lewat malam apabila mereka terlihat seorang lelaki rebah di jalan bertentangan. Mereka lari ke arah lelaki berkenaan dan mendapatinya dalam keadaan tidak sedarkan diri serta tidak bernafas.

Encik Faizal, seorang anggota bomba dan pakar respons kecemasan, melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dan meminta bantuan sekitar 20 orang yang lalu-lalang untuk menelefon ambulans.

Cik Hafawati, seorang jururawat di Pusat Rawatan Thomson pernah mengalami keadaan serupa di tempat kerja namun Encik Faizal walaupun terlatih dalam CPR tidak pernah melakukannya sebelum itu.

Cik Hafawati memberikan panduan sepanjang proses tersebut dan memeriksa pernafasan si mangsa.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tan Tock Seng dan sedang sembuh. Encik Faizal dan Cik Hafawati merancang untuk melawat mangsa berkenaan tidak lama lagi.

Mereka berdua diberikan Anugerah Penyelamat Masyarakat hari ini (3 Jul) oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Berkongsi kata-kata nasihat, Cik Hafawati menggesa mereka yang berdepan dengan keadaan serupa supaya bertindak walaupun hanya menelefon ambulans. "Para operator akan memberikan pandauan," kata beliau.

Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan