Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jamiyah Singapura agih 8,750 kilogram daging korban tahun ini

Seramai 2,597 keluarga memerlukan menerima daging korban daripada Jamiyah Singapura sejak 31 Ogos lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Dec 2020 08:24PM Dikemas Kini : 20 Dec 2020 08:56PM

SINGAPURA: Seramai 2,597 keluarga memerlukan menerima daging korban daripada Jamiyah Singapura sejak 31 Ogos lalu.

Pengagihan daging korban Bank Makanan Jamiyah yang ketujuh dan terakhir diadakan di Hab Tampines Kita pada Ahad (20 Dis).

Seramai 230 keluarga memerlukan di bawah GRC Tampines menerima 3 kilogram daging setiap satu.

Turut hadir di acara pagi tadi ialah Menteri Negara Kanan Kesihatan dan Penasihat Akar Umbi GRC Tampines Koh Poh Koon.

Selain 736 penerima bantuan Jabatan Pembangunan Pendekatan Masyarakat (CODD) Jamiyah, daging tersebut juga diagihkan kepada keluarga memerlukan tidak kira agama di kawasan lain.

Tahun ini, sebanyak 1,036 kambing dan lembu atau sehingga 8,750 kilogram daging korban, disediakan oleh Jamiyah Singapura.  

Sumber : CNA/RR/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan