Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jambatan baru di Mandai pastikan hidupan liar dapat melintas dengan selamat

Jambatan hidupan liar Mandai, khusus untuk lintasan haiwan, akan siap untuk digunakan mulai bulan depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Jambatan baru di Mandai pastikan hidupan liar dapat melintas dengan selamat

Jambatan hidupan liar Mandai akan siap untuk digunakan mulai Disember 2019.

Diterbitkan : 06 Nov 2019 05:55PM Dikemas Kini : 06 Nov 2019 09:22PM

SINGAPURA: Jambatan hidupan liar Mandai, khusus untuk lintasan haiwan, akan siap untuk digunakan mulai bulan depan.

Buat julung-julung kalinya dalam masa 60 tahun, jambatan itu akan menghubungkan semula kawasan-kawasan penimbal di kedua-dua bahagian Mandai Lake Road.

Berukuran 140 meter panjang dan lebar lebih 40 meter jambatan itu dijangka menarik spesies binatang hutan seperti rusa sambar, tupai dan burung kekicau.

Bagi menarik binatang-binatang menggunakan lintasan itu, lebih 30,000 pokok ditanam.

Jambatan lintasan haiwan merupakan kemudahan pertama yang siap di bawah Projek Pembaharuan Mandai.

Projek tersebut juga termasuk penempatan semula Taman Burung Jurong dan pembangunan semula sebuah taman hutan hujan yang baru.  

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan