Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jambatan Alkaff berwajah baru

Jambatan Alkaff yang ikonik di Robertson Quay, kini berwajah baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jul 2019 10:39PM Dikemas Kini : 12 Jul 2019 11:42PM

SINGAPURA: Jambatan Alkaff yang ikonik di Robertson Quay, kini berwajah baru.

Ia sudah dicat semula pada bulan lalu sebagai sebahagian daripada siri acara meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Singapura dengan Filipina.

Jambatan Alkaff berwajah baru itu dirasmikan oleh Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan dan rakan sejawatannya dari Filipina, Teodoro L Locsin Jr, pada Jumaat (12 Julai).

Sejak tahun 2004, Jambatan Alkaff yang menampilkan karya seni artis Filipina Pacita Abad, menjadi mercu tanda dalam sektor pelancongan dan kegiatan seni di negara ini.

Di samping itu ia menjadi lambang kerjasama dan persahabatan kukuh antara Singapura dengan Filipina.

Sumber : CNA/HA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan