Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jalan raya sekitar Marina Centre, Padang ditutup untuk Grand Prix F1

Jalan-jalan raya sekitar kawasan Marina Centre dan Padang akan ditutup selama tujuh hari bulan depan bagi memberi laluan kepada Grand Prix Singapura,Formula 1, menurut kenyataan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Jumaat (23 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Jalan raya sekitar Marina Centre, Padang ditutup untuk Grand Prix F1

(Gambar fail: REUTERS/Edgar Su)

Diterbitkan : 23 Aug 2019 12:53PM Dikemas Kini : 23 Aug 2019 12:57PM

SINGAPURA: Jalan-jalan raya sekitar kawasan Marina Centre dan Padang akan ditutup selama tujuh hari bulan depan bagi memberi laluan kepada Grand Prix Singapura,Formula 1, menurut kenyataan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Jumaat (23 Ogos).

Edisi ke-12 perlumbaan tersebut akan berlangsung dari 20 hingga 22 September.

Penutupan jalan bermula pada 12.01 pagi pada 18 September bagi memudahkan persiapan memasang prasarana perlumbaan, sehingga 5.30 pagi pada 24 September.

Jalan-jalan raya terjejas akan dibuka secara bertahap-tahap selepas perlumbaan, tambah LTA.

Sepanjang tempoh tersebut, koridor jalan raya akan dibuka pada waktu tertentu:

Para pemandu boleh memasuki kawasan Marina Centre melalui lorong tunggal sepanjang Raffles Boulevard menerusi Nicoll Highway atau Temasek Boulevard (kecuali bagi bas-bas dan kenderaan dengan plat pendaftaran W, X dan Y) dari 12.00 pagi hingga 1.00 tengah hari pada 21 dan 22 September.

Teksi boleh menggunakan akses lorong tunggal pada bila-bila masa kecuali semasa perlumbaan berlangsung.

Para petugas lalu lintas akan dikerahkan untuk memberi arahan trafik dan membantu orang awam, sementara papan-papan tanda arah juga akan dipasang di kawasan itu.

Tempat letak kereta berdekatan Suntec City, Millenia Walk dan Marina Square akan terus dibuka.

WAKTU OPERASI MRT DILANJUTKAN SEMASA PERLUMBAAN

Waktu operasi MRT akan dilanjutkan pada hari-hari perlumbaan (22-20 September), menurut LTA. Waktu operasi khidmat bas tertentu juga akan dilanjutkan seiring khidmat terakhir kereta api.

Bas ulang-alik percuma akan disediakan antara stesen MRT Lavender dengan Pintu 1 litar pada hari-hari perlumbaan. Bas tersebut disediakan dari 2.30 petang hingga 12.30 pagi pada 20 September dan 21 September, serta 3.30 petang hingga 12.45 pagi pada 22 September.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan