Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jalan raya baru akan hubungkan bandar Tengah yang sedang dibangunkan ke PIE, Jurong

Para penduduk di bandar Tengah yang sedang dibangunkan akan dihubungkan secara langsung ke Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) dan Jurong menjelang 2027, dengan jalan raya baru dibina di PIE dan Jurong Canal Drive.

Anggaran Waktu Membaca:
Jalan raya baru akan hubungkan bandar Tengah yang sedang dibangunkan ke PIE, Jurong

(Gambar peta: LTA)

Diterbitkan : 29 Sep 2020 05:48PM Dikemas Kini : 29 Sep 2020 05:53PM

SINGAPURA: Para penduduk di bandar Tengah yang sedang dibangunkan akan dihubungkan secara langsung ke Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) dan Jurong menjelang 2027, dengan jalan raya baru dibina di PIE dan Jurong Canal Drive.

Tender akan dibuka menjelang hujung tahun ini untuk kerja-kerja prasarana, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Selasa (29 Sep).

Kerja-kerja itu merangkumi:

  • Pembinaan jejambat empat lorong dua hala 500m yang baru di sepanjang PIE dekat susur keluar di Jurong Canal Drive;
  • Pembinaan persimpangan jalan raya di bawah jejambat baru itu, yang akan menghubungkan PIE, Jurong Canal Drive dan Tengah Boulevard menghala ke bandar Tengah;
  • Peluasan PIE antara Jejambat Hong Kah dengan Jejambat Bukit Batok dan kerja-kerja peningkatan persimpangan yang berkaitan di kawasan Jurong.

Apabila kerja-kerja selesai, para penduduk di bandar Tengah, dan juga bandar Jurong East dan Jurong West, akan terhubung langsung ke PIE di kedua-dua arah timur (menuju bandar) dan arah barat (menuju Tuas) menjelang 2027.

Untuk mempermudahkan pembinaan jejambat dan persimpangan jalan raya baru itu, sebahagian PIE sepanjang jarak 1.5 kilometer akan dialihkan ke arah utara di sebahagian Jurong Road.

Dengan ini, aliran trafik sepanjang Jurong Road akan dialihkan ke PIE sebelum dihubungkan ke Bukit Batok Road, menurut LTA. Langkah-langkah akan diambil untuk mengurangkan kesulitan bagi pengguna jalan raya dan para penduduk semasa kerja-kerja binaan dijalankan, tambah pihak berkuasa.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan