Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

‘Jagaan sewajarnya’ diberikan; CGH sangkal dakwaan abai kebajikan pesakit

Hospital Besar Changi (CGH) menegaskan bahawa ia menyediakan "penjagaan yang sewajarnya" kepada seorang wanita 81 tahun yang dalam keadaan sangat uzur. 

Anggaran Waktu Membaca:
‘Jagaan sewajarnya’ diberikan; CGH sangkal dakwaan abai kebajikan pesakit

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 16 May 2019 12:10PM Dikemas Kini : 16 May 2019 12:14PM

SINGAPURA: Hospital Besar Changi (CGH) menegaskan bahawa ia menyediakan "penjagaan yang sewajarnya" kepada seorang wanita 81 tahun yang dalam keadaan sangat uzur.

Demikian respons CGH terhadap dakwaan cucu perempuan mendiang yang menuduh pihak hospital menyediakan khidmat penjagaan paliatif yang lemah.

Dalam catatan Facebook cucu mendiang, yang bertugas sebagai seorang eksekutif pemasaran, Isabella Alexandria Lim, menuduh CGH tidak melayani pesakit yang uzur dengan penuh hormat seperti pesakit lain.

Wanita berusia 24 tahun itu turut berkongsi bahawa nenek beliau yang dimasukkan ke hospital Februari lalu selepas terjatuh, antara lain, mengalami kudis tekanan (bedsore) dan tidak diberikan selimut terma dan lampinnya pula tidak ditukar sehinggalah diminta untuk berbuat demikian.

Menurut Cik Lim, keadaan neneknya menjadi bertambah buruk sewaktu di CGH. Keluarga mendiang akhirnya memutuskan untuk memindahkan wanita itu - yang namanya tidak didedahkan dalam catatan Facebook berkenaan - ke Hospital Universiti Nasional (NUH), di mana mendiang menerima rawatan yang lebih baik, katanya.

Catatan berkenaan menjadi viral - ia dikongsi lebih 4,000 kali sejak 11.00 pagi Rabu (16 Mei).
PESAKIT DIBERI PENJAGAAN SEWAJARNYA: CGH

Dr Lim Si Ching, konsultan kanan Jabatan Perubatan Geriatrik menjawab bagi pihak CGH apabila diminta mengulas. Beliau berkata bahawa Lembaga Perubatan CGH sudahpun menjalankan semakan terhadap kes tersebut ekoran maklum balas keluarga mendiang.

Dr Lim berkata bahawa CGH juga bersedih atas pemergian pesakit dan turut bersimpati terhadap kesedihan keluarganya tetapi menegaskan bahawa "penjagaan perubatan yang sewajarnya sudah diberikan kepada pesakit sewaktu di CGH".

Namun, beliau akur terdapat "jurang komunikasi" yang boleh dielakkan.

"Meskipun pasukan pengasuh kami memberikan maklumat terkini kepada anggota keluarga yang dipilih sebagai penjaga utama, kami boleh memperbaiki proses itu dengan mendampingi anggota keluarganya yang lain di samping membantu mereka memahami ujian-ujian dan terapi-terapi yang perlu dijalankan oleh pasukan pengasuh,” ujar Dr Lim. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan