Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jadikan sastera, seni dan muzik Melayu wadah sampaikan mesej perpaduan, kata Dr Faishal

Setiausaha Parlimen Kanan Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) Dr Muhammad Faishal Ibrahim menyuarakan sokongan terhadap usulan yang menyekat ucapan berbaur kebencian dalam masyarakat. 

Anggaran Waktu Membaca:
Jadikan sastera, seni dan muzik Melayu wadah sampaikan mesej perpaduan, kata Dr Faishal

(Gambar: Facebook/ Malay Heritage Centre)

Diterbitkan : 01 Apr 2019 10:15PM Dikemas Kini : 01 Apr 2019 10:25PM

SINGAPURA: Setiausaha Parlimen Kanan Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) Dr Muhammad Faishal Ibrahim menyuarakan sokongan terhadap usulan yang menyekat ucapan berbaur kebencian dalam masyarakat.

Malah, usulan itu disifatkan sebagai selaras dengan nilai teras identiti masyarakat Melayu yang mengutamakan kesantunan dan budi pekerti.

Mengulas tentang usulan yang dibentangkan di Parlimen hari ini (1 Apr), Dr Faishal akur ucapan kebencian hanya akan memecahbelahkan sesebuah masyarakat dan meminggirkan kaum minoriti.

Maka itu, beliau berharap masyarakat tidak akan terpengaruh dengan mereka yang ingin menyalakan api kebencian, di samping memainkan peranan untuk menyangkal pernyataan-pernyataan seumpama itu.

Dr Faishal selanjutnya berkata, masyarakat Melayu boleh menjadikan sastera, seni dan muzik sebagai wadah untuk menyampaikan mesej atau pesanan yang menggalakkan perpaduan.

"Dalam usaha sama kita untuk membanteras ucapan-ucapan kebencian, kita harus membina daya bingkas terhadap pernyataan berbaur kebencian. Melalui sastera, seni dan muzik, kita boleh menyampaikan mesej atau pesanan yang menggalakkan perpaduan," katanya.

Seni dikir barat turut dijadikan sebagai contoh oleh Dr Faishal yang berkongsi sendiri kata-kata Mantan Presiden Persekutuan Dikir Barat dan anggota ASAS '50, Encik Djohan Abdul Rahman.

"Lirik memainkan peranan penting dalam persembahan Dikir Barat. Oleh itu, lirik yang negatif, menyalakan api kebencian dan keganasan akan memberikan kesan buruk terhadap masyarakat seni," kata Dr Faishal sambil menukil kata-kata penggiat seni itu.

Daripada wadah seumpama itulah, pengaruh akan tersebar kepada para penggiat seni lain mahupun mereka yang menikmati seni tersebut.

Wadah seperti itu, tegas Dr Faishal, akan menggalak persekitaran kehidupan harmoni dan perkongsian pengalaman dan nilai bersama.

"Para penggiat Dikir Barat secara sedar berusaha untuk mengukuhkan perpaduan masyarakat sebagai senjata untuk membanteras sentimen kebencian," katanya. 

Sumber : BERITA Mediacorp/AQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan