Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Iuiga mohon maaf atas iklan set teh Inuka

Iuiga memohon maaf kerana menamakan set teh yang dijualnya Inuka, iaitu beruang kutub yang dimatikan pada usia 27 tahun pada Rabu (25 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Iuiga mohon maaf atas iklan set teh Inuka

Iklan set teh yang dipromosikan syarikat tersebut. (Gambar: Iuiga/Facebook)

Diterbitkan : 27 Apr 2018 08:31PM Dikemas Kini : 27 Apr 2018 08:32PM

SINGAPURA: Iuiga memohon maaf kerana menamakan set teh yang dijualnya Inuka, iaitu beruang kutub yang dimatikan pada usia 27 tahun pada Rabu (25 Apr).

luiga, yang baru melancarkan kedai online tahun lalu, menyatakan dalam satu catatan Facebook hari ini (27 Apr) bahawa kesemua hasil daripada penjualan produk-produk Inuka akan didermakan kepada Polar Bears International, iaitu satu pertubuhan yang menjalankan kajian dan menggalakkan pemuliharaan beruang kutub liar.

Semalam (26 Apr), catatan Facebook berhubung produk-produk perkakas Inuka mengundang kritikan ramai netizen yang menuduh syarikat tersebut meraih keuntungan daripada kematian beruang kutub ikonik di Taman Haiwan Singapura itu.

Ramai yang membuat komen, menyifatkan langkah syarikat itu sebagai "buruk", "tidak peka", "satu helah pengiklanan yang memalukan" dan ada yang menggesa untuk memboikot syarikat tersebut.

Kurang 24 jam kemudian, syarikat itu memohon maaf.

"Kami maklum tentang keprihatinan anda berhubung penghormatan yang kami berikan kepada Inuka melalui siri set teh porselin kami. Kami memahami bahawa isu ini sensitif dan matlamat IUIGA bukanlah untuk meraih keuntungan daripada kebajikan haiwan tersebut," demikian catatan itu berbunyi.

"Namun, pasukan IUIGA ingin memohon maaf atas masa pelancaran kempen itu yang sensitif dan atas sebarang gangguan yang tercetus oleh catatan berkenaan". 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan