Images
  • ibu ani
    Ibu Ani bersama keluarganya dalam bilik hospital. (Gambar:Β aniyudhoyono/Instagram)

Isteri mantan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono sakit leukemia, dirawat di S'pura

SINGAPURA: Isteri mantan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, Cik Ani Yudhoyono, dikesan menghidap penyakit leukemia dan kini dirawat di Hospital Universiti Nasional (NUH). Beliau menjalani perubatan di Singapura sejak 2 Feb.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke laman Youtube, Dr Yudhoyono berkata isterinya dimasukkan ke NUH atas saranan pasukan perubatan Presiden.

Menurut Dr Yudhoyono, isterinya sedang menjalani rawatan intensif di hospital itu.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean menghantar kad-kad ucap selamat, mengharapkan agar beliau cepat sembuh.

Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan turut menziarahi Cik Ani di hospital pada Khamis (7 Feb). Β 

- CNA/HA/aq

Top