Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Istana Villa dibuka buat pertama kali kepada pengakap sempena Minggu Kerja

Istana Villa membuka pintunya buat pertama kali kepada sekumpulan pengakap sempena Minggu Kerja Pengakap.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Mar 2019 08:23PM Dikemas Kini : 15 Mar 2019 12:40AM

SINGAPURA: Istana Villa membuka pintunya buat pertama kali kepada sekumpulan pengakap sempena Minggu Kerja Pengakap.

Mereka ditugaskan untuk melakukan pelbagai pekerjaan di dalam bangunan yang terletak di kawasan Istana itu.

Presiden Halimah Yacob, yang juga merupakan Ketua Pengakap Persatuan Pengakap Singapura (SSA), meluangkan masa untuk beramah mesra dengan golongan muda tersebut.

Sempena Minggu Kerja tahunan ini, sekitar 10,000 pengakap akan pergi dari rumah ke rumah untuk menawarkan khidmat mereka di rumah atau pejabat sebagai ganti bagi sumbangan derma.

SSA berharap untuk mengumpulkan $800,000 bagi membiayai program dan kegiatan-kegiatannnya.

Minggu Kerja Pengakap itu bertujuan untuk membina perwatakan dan memupuk nilai positif dalam kalangan golongan muda bagi menjadi rakyat lebih baik serta memainkan peranan lebih membina dalam masyarakat.

Sumber : CNA/SU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan