Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Istana lancar 5 kuih khas guna bahan, rempas ratus dari pekarangan Istana sendiri

Untuk memperingati ulang tahun ke-150 Istana, Presiden Halimah Yacob melancarkan lima jenis kuih dengan bahan-bahannya datang dari rempah-ratus dan buah-buahan yang ditanam di pekarangan istana.

Anggaran Waktu Membaca:
Istana lancar 5 kuih khas guna bahan, rempas ratus dari pekarangan Istana sendiri

Paket-paket kuih dengan bungkusan hasil rekaan para pelajar Persatuan Keperluan Khas (APSN) Sekolah Katong.

Diterbitkan : 05 Jul 2019 09:33PM Dikemas Kini : 05 Jul 2019 09:39PM

SINGAPURA: Untuk memperingati ulang tahun ke-150 Istana, Presiden Halimah Yacob melancarkan lima jenis kuih dengan bahan-bahannya datang dari rempah-ratus dan buah-buahan yang ditanam di pekarangan istana.

Pejabat Presiden bekerjasama dengan Pine Gardens untuk melancarkan lima jenis kuih termasuk yang berperisa sugee limau dan buah pala. Para anggota Persatuan Keperluan Khas (APSN) Sekolah Katong pula membantu dalam rekaan dan pembungkusan.

"Inilah satu cara di mana kita berusaha untuk melibatkan anak-anak ini," ujar Puan Halimah.

"Saya rasa bahawa kita sebagai sebuah masyarakat, kita harus terus berusaha untuk mengambil semua peluang yang ada untuk sama-sama membina sebuah masyarakat yang inklusif terutama sekali menyokong anak-anak dan orang dewasa yang istimewa di Singapura."

Kuih-kuih khas itu akan dijual pada acara Hari Terbuka Istana yang akan datang.

Hasil jualannya akan disalurkan bagi tujuan amal.

Sumber : CNA/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan