Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Istana dibuka kepada orang ramai pada sebelah malam buat pertama kalinya

Sempena sambutan ulang tahun Istana yang ke-150 pada tahun ini, anda dijemput menyaksikan satu pertunjukan lampu yang akan dipancar pada bangunan penuh bersejarah itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Sep 2019 06:51PM Dikemas Kini : 12 Sep 2019 09:47PM

SINGAPURA: Sempena sambutan ulang tahun Istana yang ke-150 pada tahun ini, anda dijemput menyaksikan satu pertunjukan lampu yang akan dipancar pada bangunan penuh bersejarah itu.

Buat pertama kalinya, ia akan dibuka kepada orang ramai di sebelah malam pada 6 hari bulan Oktober depan.

Antara sajian hiburan yang bakal dipersembahkan termasuklah dari Orkestra Simfoni Singapura (SSO), artis mapan Rahimah Rahim dan penyanyi lagu 'Count On Me Singapore', Clement Chow.

Anda yang berminat boleh mendapatkan tiket-tiket berharga S$12 bagi warga negara dan penduduk tetap Singapura dan S$20 bagi pengunjung-pengunjung lain.

Tiket boleh ditempah menerusi laman tertera mulai Jumaat ini.

Semua hasil penjualan akan disalurkan kepada dana Cabaran Presiden.

Sumber : CNA/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan