Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ION Orchard ditutup pada 12-15 Jun; MOH siasat 3 kes COVID-19 di sana

Pusat beli-belah ION Orchard di Orchard Road akan ditutup kepada orang awam selama empat hari mulai Sabtu (12 Jun) setelah pihak berkuasa mengesan tiga kes jangkitan COVID-19 di sana.

Anggaran Waktu Membaca:
ION Orchard ditutup pada 12-15 Jun; MOH siasat 3 kes COVID-19 di sana

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 11 Jun 2021 11:15PM Dikemas Kini : 11 Jun 2021 11:17PM

SINGAPURA: Pusat beli-belah ION Orchard di Orchard Road akan ditutup kepada orang awam selama empat hari mulai Sabtu (12 Jun) setelah pihak berkuasa mengesan tiga kes jangkitan COVID-19 di sana.

Mengumumkan demikian pada Jumaat (11 Jun), Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan ia sedang menyiasat tiga kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan individu yang bekerja di sana.

Langkah menutup pusat beli-belah itu bertujuan untuk "memutuskan sebarang rantaian penularan dan membolehkan kerja-kerja pembersihan menyeluruh dijalankan di premis itu".

Mereka yang dijangkiti termasuk seorang wanita, 57 tahun, yang bekerja di kedai farmasi Guardian di pusat beli-belah itu. Kesnya dilaporkan pada Jumaat dan ia tidak mempunyai sebarang kaitan kepada kes lalu.

MOH menyatakan ia juga akan menjalankan ujian khas bagi kakitangan yang bekerja di pusat beli-belah itu sejak 28 Mei.

"Kami juga akan menawarkan ujian percuma COVID-19 kepada orang ramai yang telah melanggani kedai-kedai runcit atau menggunakan khidmat atau kemudahan di ION Orchard antara 3 Jun (dengan) 11 Jun," kata MOH.

Tambahnya orang ramai yang hanya melalui pusat beli-belah itu untuk ke bangunan berhampiran atau stesen MRT Orchard tidak perlu diuji.

MOH menasihatkan pengunjung ke pusat beli-belah itu antara 3 dengan 11 Jun supaya memantau kesihatan mereka dengan teliti dan mengurangkan interaksi sosial sebaik mungkin selama 14 hari dari tarikh kunjungan.

Pusat beli-belah itu akan dibuka semula pada 16 Jun setelah kerja-kerja pembasmian kuman selesai dijalankan.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan