Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Integrasi serantau sebab utama pasaran ASEAN akan lebih penting: Tinjauan

76 peratus perniagaan Amerika di Singapura menyatakan integrasi serantau adalah sebab utama pasaran ASEAN akan menjadi lebih penting dalam masa dua tahun akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
Integrasi serantau sebab utama pasaran ASEAN akan lebih penting: Tinjauan
Diterbitkan : 13 Mar 2019 08:32PM Dikemas Kini : 13 Mar 2019 08:37PM

SINGAPURA: 76 peratus perniagaan Amerika di Singapura menyatakan integrasi serantau adalah sebab utama pasaran ASEAN akan menjadi lebih penting dalam masa dua tahun akan datang.

Ini menurut tinjauan oleh Dewan Perniagaan Amerika di Singapura.

Para responden juga menjangkakan kesan negatif jika rundingan Amerika-China tidak berjalan dengan baik.

Demikian sentimen yang diketengahkan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

Tinjauan itu juga menunjukkan 77 peratus perniagaan Amerika di Singapura menjangkakan kadar perdagangan dan pelaburan ASEAN meningkat bagi tempoh lima tahun akan datang.

Ia juga menjangkakan keuntungan lebih tinggi di Singapura berbanding negara-negara ASEAN lain.

Maka itu beberapa syarikat menarik perhatian pentingnya Singapura sebagai batu loncatan kepada pasaran ASEAN.  

Sumber : CNA/NU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan