Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Institut Teknologi Singapura dedah reka bentuk kampus baru di Punggol

Kampus baru Institut Teknologi Singapura (SIT) di Punggol direka untuk memupuk kerjasama dengan pihak industri dan menjalin hubungan rapat dengan masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Sep 2019 08:44PM Dikemas Kini : 11 Sep 2019 04:49PM

SINGAPURA: Kampus baru Institut Teknologi Singapura (SIT) di Punggol direka untuk memupuk kerjasama dengan pihak industri dan menjalin hubungan rapat dengan masyarakat.

Kampus itu juga akan menggunakan teknologi mesra alam seperti grid mikro yang menggunakan sumber-sumber tenaga seperti kuasa suria.

Kerja membinanya bermula hari ini (10 Sep) dan projek yang dianggarkan bernilai lebih S$1 bilion itu dijadualkan siap menjelang 2023.

Upacara majlis pecah tanah hari ini yang dihadiri Perdana Menteri Lee Hsien Loong lantas menandakan kelahiran Daerah Digital Punggol.

Menjelang 2023, kawasan berhutan di timur laut Singapura itu akan berubah wajah apabila kampus baru SIT siap dibina.

Kampus itu meliputi kawasan seluas lebih 90,000 meter persegi dan terdiri daripada dua petak tanah, dan ruang yang diperuntukkan bagi peluasannya pada masa depan.

Kawasan hijau seluas 1.7 hektar akan dikekalkan dengan prasarana dibina di sekeliling dan di bawahnya bagi menampung sekitar 12,000 mahasiswa. Sekarang, kira-kira 8,000 mahasiswa menuntut di beberapa kampus SIT di merata negara.

Kampus itu akan dihubungkan menerusi jambatan ke taman perniagaan JTC yang baru di mana Stesen MRT Punggol Coast bakal dibina.

Ruang seluas 8,000 meter persegi di dalam sebuah bangunannya akan diperuntukkan kepada rakan-rakan kongsi industri.

Para pelajar juga boleh menghadiri kelas dalam kawasan JTC.

SIT berharap ini akan meluaskan peluang bagi program-program latihan dan membolehkan kerjasama industri dipertingkatkan.

Misalnya, ia akan membolehkan projek-projek diuji di dalam kampus.

Kampus baru SIT juga akan dilengkapi dengan ruang-ruang masyarakat yang dapat digunakan juga oleh para penduduk kawasan Punggol.

Selain itu para penduduk boleh mengikuti kursus-kursus apabila SIT meluaskan program-program untuk golongan profesional merangkumi sektor-sektor seperti teknologi makanan dan kejuruteraan jitu.

Sumber : CNA/HA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan