Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Institut Kesihatan Mental raikan 90 tahun kejururawatan psikiatrik

Bercakap di acara tersebut, Menteri Kesihatan Gan Kim Yong memuji usaha IMH untuk memperkasa para jururawat bagi memainkan peranan lebih besar di bawah model yang membolehkan mereka terlibat dalam membuat keputusan mengenai aspek rawatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Aug 2018 10:35PM Dikemas Kini : 03 Aug 2018 10:42PM

SINGAPURA: Lebih 1,000 jururawat di Institut Kesihatan Mental (IMH) meraikan 90 tahun kejururawatan psikiatrik hari ini (3 Ogos) dan melihat kembali bagaimana peranan mereka berubah sepanjang tempoh tersebut.

Dari model penjagaan biasa di Hospital Woodbridge, peranan jururawat di IMH kini lebih tertumpu kepada memulihkan pesakit dengan memastikan mereka bertanggungjawab atas pemulihan sendiri.

Salah satu inisiatifnya adalah satu kebun sayur hidroponik yang diilhamkan oleh jururawat klinikal kanan Encik Aziz Hamed. Kebun itu bertujuan meningkatkan kemahiran fungsi dan kejuruan pesakit.

Ia juga memberi tumpuan kepada peranan jururawat psikiatrik yang kian berubah kepada sesuatu yang melebihi setakat seorang penjaga.

Bercakap di acara tersebut, Menteri Kesihatan Gan Kim Yong memuji usaha IMH untuk memperkasa para jururawat bagi memainkan peranan lebih besar di bawah model yang membolehkan mereka terlibat dalam membuat keputusan mengenai aspek rawatan.

Bagi memastikan para jururawat boleh meluangkan lebih banyak masa bersama pesakit pula, IMH juga menggunakan inovasi bagi memudahkan beberapa proses kerjanya. 

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan