Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Institut bagi pelajar dewasa disusun semula di SUSS

Institut bagi Pembelajaran Dewasa (IAL), yang menjadi sebuah institut bebas di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), menjadi pelopor baru bagi pembelajaran sepanjang hayat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Apr 2019 08:04PM Dikemas Kini : 25 Apr 2019 09:23PM

SINGAPURA: Institut bagi Pembelajaran Dewasa (IAL), yang menjadi sebuah institut bebas di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), menjadi pelopor baru bagi pembelajaran sepanjang hayat.

Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam menekankan demikian semasa satu acara SUSS hari ini (25 Apr).

DPM Tharman berkata usaha sedang dilakukan untuk mewujudkan budaya sosial baru yang membolehkan orang ramai mendapat kepuasan daripada pembelajaran dari setiap peringkat, tidak kira dari mana ia bermula.

IAL yang melatih guru-guru bagi mengajar orang dewasa disusun semula untuk meningkatkan kerjasama dengan pihak SUSS bagi membangun penyelidikan dalam bidang pendidikan itu.

SUSS akan memberi pentauliahan dan sijil kelayakan rasmi bagi program-program yang dikendalikan oleh IAL. 

Sumber : CNA/MM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan