Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Institusi kewangan main peranan penting ke arah kegiatan ekonomi lebih mesra alam

Institusi-institusi kewangan memainkan peranan penting dalam menyalurkan modal ke arah kegiatan ekonomi lebih mesra alam.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Jan 2019 06:54PM Dikemas Kini : 23 Jan 2019 11:21AM

SINGAPURA: Institusi-institusi kewangan memainkan peranan penting dalam menyalurkan modal ke arah kegiatan ekonomi lebih mesra alam.

Berucap di forum anjuran Program Sekitaran PBB dan Perniagaan Eko di sini, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Masagos Zulkifli berkata perubahan iklim bukan lagi satu ancaman yang jauh tetapi amat nyata dan wujud sekarang.

Masalah asap mungkin dapat diatasi jika lebih banyak institusi kewangan beralih ke pembiayaan mesra alam.

Institusi-institusi kewangan boleh membantu dengan mengeluarkan bon-bon hijau.
Isu tersebut ditimbulkan siang tadi (22 Jan).

Menurut Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli, kejayaan ekonomi dan perniagaan bergantung kepada pengurusan ekonomi karbon yang rendah.

Dengan kemajuan teknologi sekarang, amalan mesra alam boleh menjadi pemangkin bagi permintaan untuk kegiatan mesra alam selanjutnya.

Encik Masagos juga berharap institusi-institusi kewangan akan terus bekerjasama bagi mencari huraian iklim yang inovatif.

Sejauh ini bon-bon hijau bernilai S$2 bilion sudah dikeluarkan di Singapura oleh syarikat-syarikat asing dan tempatan.

Namun ia hanyalah segelintir daripada nilai pasaran bon berjumlah S$259 bilion pada 2017.

Langkah-langkah konkrit juga sudah diambil bagi mengenakan syarat agar syarikat-syarikat di Singapura membuat laporan mengenai usaha masing-masing untuk memelihara alam sekitar.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan