Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Inspektor polis trafik yang cabul kehormatan 4 NSF dipenjara 18 bulan

Inspektor polis trafik yang mencabul kehormatan empat anggota perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF) dijatuhi hukuman penjara selama 18 bulan dan seminggu hari ini (2 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Inspektor polis trafik yang cabul kehormatan 4 NSF dipenjara 18 bulan

Gambar fail. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 02 Jul 2018 02:49PM Dikemas Kini : 02 Jul 2018 02:50PM

SINGAPURA: Inspektor polis trafik yang mencabul kehormatan empat anggota perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF) dijatuhi hukuman penjara selama 18 bulan dan seminggu hari ini (2 Jul).

Keempat-empat mangsa, yang kini berusia antara 22 hingga 25 tahun, ketika itu berkhidmat sebagai konstabel khas di bawah Mohd Taufik Abu Bakar, 55 tahun.

Pada September 2015, Taufik memberitahu salah seorang mangsa, yang ketika itu berusia 19 tahun, bahawa bau badan mangsa membuatnya sakit kepala.

Taufik kemudian berkata dia mempunyai krim untuk membuang bulu ketiaknya.

Pada 13 September 2015, Taufik membawa remaja itu pulang ke rumahnya dan memberinya krim tersebut.

Remaja itu masuk ke tandas bilik tidur utama untuk mencuba krim tersebut. Taufik bagaimanapun memasuki tandas itu bersamanya dan menyapu krim tersebut di bahagian kanan ketiak dan kemaluan mangsa tanpa meminta izin.

Dalam keterangannya, mangsa menyatakan bahawa beliau "terpaku", "keliru" dan tidak dapat membuat apa-apa. Beliau merasakan seperti seluruh dunianya runtuh, "dan hanya mampu mengikut arahan".

Perbuatan Taufik yang menyertai Pasukan Polis Singapura (SPF) pada 1982, terbongkar pada 16 September 2015 apabila beberapa mangsanya melaporkan insiden-insiden yang dialami mereka.

Februari lalu, Taufik diadapati bersalah atas enam tuduhan cabul kehormatan yang melibatkan empat mangsa, menyusuli perbicaraan yang berlangsung selama enam hari.

Hakim Daerah Jasvender Kaur menjatuhi hukuman penjara selama 18 bulan dan seminggu hari ini (2 Jul), termasuk empat minggu penjara sebagai menggantikan hukuman rotan. Taufik tidak boleh disebat kerana berusia lebih 50 tahun.

Dalam satu kenyataan kepada Mediacorp, polis menyatakan bahawa Taufik tidak lagi bertugas dengan SPF.

Dia digantung kerja sejak 23 Ogos 2016, dan bersara pada 10 Mei tahun lalu, selepas usianya mencapai umur persaraan yang ditetapkan.

"Atas kesalahan itu, faedah persaraannya akan ditarik balik," kata seorang jurucakap polis.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan