Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Insiden MRT: LTA mungkin ambil tindakan terhadap pihak bertanggungjawab

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mungkin mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam perlanggaran kereta api di Stesen MRT Joo Koon bulan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Dec 2017 08:28PM Dikemas Kini : 19 Dec 2017 09:38PM

SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mungkin mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam perlanggaran kereta api di Stesen MRT Joo Koon bulan lalu.

Dalam kenyataannya hari ini (19 Dis) LTA menyatakan ia "berhak" untuk mengambil tindakan yang dianggap wajar.

Namun, LTA tidak menjelaskan bentuk tindakan itu.

Bagaimanapun seorang peguam yang ditemui Mediacorp berkata tindakan berkenaan mungkin dalam bentuk denda.

Semalam (18 Dis), LTA mengeluarkan laporan muktamad mengenai siasatannya mengenai perlanggaran itu. Menurut laporan itu syarikat Thales yang membekalkan sistem isyarat MRT sudah mengambil beberapa langkah menyusuli perlanggaran tersebut.

Ini termasuk membangunkan kemudahan simulasi di negara ini untuk mengukuhkan proses ujian sistem isyarat itu.

Thales juga akan menyiapkan kerja-kerja ubah suai litar di landasan tempat kemalangan tersebut berlaku.

Perlanggaran itu menyebabkan hampir 40 orang cedera.

Sumber : CNA/RU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan