Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Insiden buli di Sekolah Mee Toh 'tidak boleh diterima': Ong Ye Kung

Kes buli di Sekolah Mee Toh, melibatkan sekumpulan pelajar Darjah 5 yang menyasarkan seorang rakan sekelas "adalah salah dan tidak boleh diterima di mana-mana", kata Menteri Pendidikan Ong Ye Kung pada Selasa (10 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Insiden buli di Sekolah Mee Toh 'tidak boleh diterima': Ong Ye Kung

Sekumpulan pelajar Darjah 5 mencampakkan nota ini dan nota-nota lain ke arah seorang rakan sekelas dalam satu kes buli di Sekolah Mee Toh. (Gambar: @4YSLZ)/Twitter)

Diterbitkan : 11 Mar 2020 11:27AM Dikemas Kini : 11 Mar 2020 12:34PM

SINGAPURA: Kes buli di Sekolah Mee Toh, melibatkan sekumpulan pelajar Darjah 5 yang menyasarkan seorang rakan sekelas "adalah salah dan tidak boleh diterima di mana-mana", kata Menteri Pendidikan Ong Ye Kung pada Selasa (10 Mac).

"Saya kecewa dan bimbang apabila membaca tentang kes buli di Sekolah Mee Toh," kata Encik Ong dalam satu catatan Facebook.

"Sekumpulan pelajar menyasarkan seorang rakan sekelas Melayu dan menulis nota jahat kepadanya. Ini adalah membuli, ia salah dan tidak boleh diterima di mana-mana terutama di sekolah," ujar menteri itu.

Pada 6 Mac, seorang pengguna Twitter bernama @4YSLZ menulis satu catatan yang menyatakan bahawa rakan-rakan sekelas adik perempuannya mencampakkan beberapa kertas ke arah mangsa.

"Hati saya remuk hari ini, ia adalah hari ulangtahun adik perempuan saya semalam dan salah seorang rakan kelasnya mencampakkan ini ke mukanya sebagai 'hadiah hari lahir'," tulis beliau.

Kata-kata hinaan tertulis pada kepingan kertas itu adalah seperti "you are dumbo the elephant" ("kamu adalah dumbo si gajah") dan "you look so ugly and you really turn me down you make puke" ("kamu tampak sangat hodoh dan kamu benar-benar menjelekkan hingga saya hendak muntah".)

Ini bukan kali pertama adik perempuannya dibuli, menurut pengguna Twitter itu lagi. Sebelum ini, kata beliau, pakaian seragam adiknya pernah diconteng dengan pena penanda, beliau diejek dan dibuli di alam siber.

Encik Ong berkata insiden itu melanggar beberapa "nilai asas penting yang kita pegang sebagai sebuah masyarakat".

"Tidak kira sama ada para pelajar itu mungkin melakukannya kerana bersikap nakal atau mereka hanya pelajar Darjah 5; hakikatnya adalah mangsa merasakan ia adalah tindakan perkauman dan itu menjadikannya lebih tidak boleh diterima," tambah beliau.

Encik Ong berkata sekolah itu akan memastikan para pelajar memahami betapa serius kelakuan mereka itu dan akan mengambil tindakan disiplin susulan yang wajar.

"Nilai-nilai baik budi, menghormati orang lain, perpaduan sebagai masyarakat berbilang kaum mesti dipupuk dari usia muda dengan usaha bersama daripada keluarga, sekolah dan masyarakat," tekan beliau.

"Ini patut menjadi satu pengajaran yang harus dipelajari oleh semua pelajar."

Mediacorp sudahpun menghubungi Sekolah Mee Toh bagi mendapatkan lebih banyak maklumat berhubung insiden buli itu.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan