Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Inisiatif Jaluran Ekonomi Laluan Sutera memperkukuh kerjasama, kata DPM Heng

Inisiatif Jaluran Ekonomi Laluan Sutera yang dipelopori China memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kerjasama serantau di tengah-tengah keadaan sejagat yang tidak menentu.

Anggaran Waktu Membaca:
Inisiatif Jaluran Ekonomi Laluan Sutera memperkukuh kerjasama, kata DPM Heng

Encik Heng Swee Keat. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 17 May 2019 08:10PM Dikemas Kini : 17 May 2019 08:13PM

SINGAPURA: Inisiatif Jaluran Ekonomi Laluan Sutera yang dipelopori China memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kerjasama serantau di tengah-tengah keadaan sejagat yang tidak menentu.

Semasa berucap di acara Persatuan Perniagaan Singapura-China, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat menggesa agar meningkatkan lagi kerjasama menerusi inisiatif itu.

Encik Heng menarik perhatian kepada keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu berkaitan ketegangan hubungan antara Amerika Syarikat dengan China, dan rancangan Britain hendak keluar daripada Kesatuan Eropah.

Sungguhpun demikian, Encik Heng berkata terdapat peluang-peluang pertumbuhan ekonomi bagi Asia.

Beliau tetap berasa yakin bahawa kerjasama antara Singapura dengan China mempunyai potensi untuk berkembang.

Encik Heng menggalakkan Persatuan Perniagaan Singapura-China supaya terus membantu anggota-anggotanya meningkatkan keupayaan mereka dan menghubungkan perniagaan dari kedua-dua negara.

Sumber : CNA/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan