Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Inisiatif dilancar untuk bantu perniagaan Singapura kerjasama dengan syarikat teknologi China

Inisiatif luar negara pertama dilancarkan di Beijing hari ini (24 Nov) iaitu Perikatan Inovasi Global (GIA), yang bakal membantu perusahaan Singapura berhubung dengan syarikat-syarikat teknologi dan pemula di China.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Nov 2017 05:38PM Dikemas Kini : 24 Nov 2017 09:41PM

BEIJING: Inisiatif luar negara pertama dilancarkan di Beijing hari ini (24 Nov) iaitu Perikatan Inovasi Global (GIA), yang bakal membantu perusahaan Singapura berhubung dengan syarikat-syarikat teknologi dan pemula di China.

Inisiatif ini dirasmikan oleh Menteri Kewangan Singapura Heng Swee Keat di Sidang Puncak Teknologi dan Inovasi di ibu negara China, yang dianjurkan oleh International Enterprise Singapore (IE) dan syarikat pemaju hartanah Capitaland.

Dipimpin oleh IE Singapore, GIA merupakan cadangan utama dalam laporan Jawatankuasa Ekonomi Masa Depan pada tahun lalu.

Matlamatnya adalah untuk mengukuhkan hubungan dengan hab inovasi terkemuka di seluruh dunia, serta membuka lebih banyak peluang untuk para pelajar dan perusahaan Singapura.

Di China, IE Singapore menyatakan ia bertujuan meningkatkan akses kepada bakat, modal, pelanggan dan rakan kongsi dalam hab-hab inovasi seperti Beijing, Shanghai, Shenzhen, Suzhou dan Wuhan.

Di sidang puncak tersebut, sebuah Memorandum Persefahaman (MOU)dimeterai antara IE Singapore, CapitaLand dan UrWork (pengendali ruang kerjasama China) untuk mengubah suai program-program pemacu yang akan membolehkan pertukaran antara syarikat-syarikat pemula Singapura dan China.

"Saya melihat banyak potensi di mana kedua-dua negara boleh bekerjasama dalam bidang inovasi," kata Encik Heng di majlis itu.

Menurutnya, Presiden China Xi Jinping mengatakan bahawa beliau mengutamakan inisiatif strategik dalam bidang inovasi sewaktu Kongres Ke-19 Parti Komunis China bulan lalu.

Pemerintah-pemerintah tempatan juga berusaha untuk menggalak inovasi, penyelidikan dan pembangunan.

"Dengan begitu banyak potensi dalam ekosistem inovasi China, yang penting adalah menyatukan orang-orang dengan pelbagai bakat dan dari pelbagai latar belakang, untuk bekerjasama, supaya mereka dapat bertukar-tukar idea dan memberi ilham kepada satu sama lain untuk mewujudkan huraian-huraian baru yang bermakna bagi orang lain," kata Encik Heng. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan