Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Inisiatif baru sedia pendanaan, bimbingan bagi projek belia kurangkan sisa

Satu inisiatif ujian baru akan menyediakan pendanaan dan bimbingan bagi projek-projek belia untuk mengurangkan sisa.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Jan 2021 05:20PM Dikemas Kini : 23 Jan 2021 10:08PM

SINGAPURA: Satu inisiatif ujian baru akan menyediakan pendanaan dan bimbingan bagi projek-projek belia untuk mengurangkan sisa.

Para belia boleh menerima pendanaan sehingga S$10,000 bagi setiap projek.

Mahasiswa dan alumni muda Universiti Nasional Singapura (NUS) diberi peluang menguji huraian masing-masing di kampus sebelum diluaskan ke peringkat masyarakat.

Bimbingan mentor akan disediakan oleh pihak sekolah, CDC Barat Daya serta rakan korporat, SembWaste.

Inisiatif itu akan tertumpu kepada jenis sisa elektronik, makanan dan bungkusan.

Ia sedang mencari idea-idea yang sudah sedia untuk dijadikan prototaip.

Sumber : CNA/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan