Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Inisiatif baru Mediacorp galak orang ramai derma pek perayaan kepada golongan kurang upaya

Mediacorp melancarkan inisiatif Mediacorp Care&Share, pada Isnin (30 Nov) yang memberi peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan sempena musim perayaan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Nov 2020 05:01PM Dikemas Kini : 30 Nov 2020 10:16PM

SINGAPURA: Mediacorp melancarkan inisiatif Mediacorp Care&Share, pada Isnin (30 Nov) yang memberi peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan sempena musim perayaan ini.

Dianjurkan bersama inisiatif SG Enable dan rakan jenama rakan, kempen secara digital itu bertujuan menggalak orang ramai untuk membeli dan mendermakan 2,000 bungkusan perayaan khas kepada golongan kurang upaya.

Setiap bungkusan Care&Share itu berharga S$18 dan mengandungi keperluan harian atau hadiah-hadiah yang bernilai sekurang-kurangnya S$25. Ia termasuk beras, susu, beberapa jenis snek, cecair pembasmi kuman dan koyok, semuanya daripada rakan kerjasama Mediacorp.

Bungkusan tersebut akan diagihkan menerusi khidmat penghantaran atau kunjungan peribadi oleh rakan-rakan dari agensi khidmat sosial seperti Pertubuhan Autisme (Singapura), Care Corner Singapore, Sekolah Pathlight dan SPD kepada tiga kumpulan penerima di bawah SG Enable - warga tua, kanak-kanak dan orang dewasa.

Bungkusan istimewa itu boleh dibeli mulai sekarang hingga 22 Dis di laman Mediacorp.

Inisiatif Care&Share itu merupakan usaha kebajikan terbaru oleh Mediacorp, yang baru-baru ini diiktiraf sebagai Champion of Good oleh Pusat Sukarelawan dan Kedermawanan Kebangsaan (NVPC) untuk tiga tahun berturut-turut.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan