Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Inisiatif baru dilancar bagi perkukuh benteng pertahanan siber syarikat perusahaan S'pura

Sebuah kit baru yang mampu yang boleh membantu mempermudah keselamatan siber dan membolehkan syarikat-syarikat mencapai keseimbangan antara keselamatan, kebolehgunaan sistem dengan kos dilancarkan oleh Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA) pada Khamis (7 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Oct 2021 01:16PM Dikemas Kini : 07 Oct 2021 09:27PM

SINGAPURA: Sebuah kit baru yang mampu yang boleh membantu mempermudah keselamatan siber dan membolehkan syarikat-syarikat mencapai keseimbangan antara keselamatan, kebolehgunaan sistem dengan kos dilancarkan oleh Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA) pada Khamis (7 Okt).

Kit keselamatan siber SG Cyber Safe disesuaikan sedemikian rupa untuk memenuhi keperluan para pemimpin syarikat-syarikat perusahaan yang besar, pemilik syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME)dan pasukan-pasukan IT, menurut CSA dalam kenyataan medianya hari ini.

"Meskipun 80 peratus SME di Singapura mendakapi transformasi digital dan sudahpun melaksanakan transformasi digital, keselamatan siber menjadi alasan utama mengapa syarikat-syarikat kecil tidak mendakapi pendigitalan," tambah CSA.

Kit bagi para pemimpin syarikat perusahaan dan pemilik SME itu akan memberi tumpuan kepada sebab-sebab perniagaan mengapa mereka perlu melabur dalam keselamatan siber.

Kit keselamatan siber bagi para pekerja pula bertujuan untuk membolehkan syarikat-syarikat menjalankan program untuk kakitangan masing-masing meningkatkan kesedaran dan menganjurkan latihan keselamatan siber.

"Ini penting kerana para pekerja adalah benteng pertahanan pertama dan kunci kepada keselamatan siber mana-mana syarikat," tekan CSA.

KERJASAMA INDUSTRI

Selain kit-kit tersebut, CSA juga akan bekerjasama dengan industri untuk memacukan lagi kesedaran tentang keselamatan siber dalam kalangan syarikat tempatan, individu dan masyarakat secara amnya.

Ia melancarkan program baru untuk melengkapi syarikat-syarikat dan perusahaan-perusahaan dengan peralatan dan maklumat untuk mengukuhkan benteng keselamatan siber mereka.

Di bawah Program Kerjasama SG Cyber Safe, syarikat-syarikat akan membantu membangunkan kandungan latihan, produk dan khidmat atau program pendampingan masyarakat demi meningkatkan kesedaran dan menggalak pelaksanaan amalan-amalan keselamatan siber yang baik oleh syarikat-syarikat perusahaan dan orang awam.

"Pemerintah sahaja tidak boleh mendampingi semua syarikat untuk menggalak mereka supaya mengukuhkan daya bingkas siber. Oleh itu, kerjasama swasta-awam menjadi kunci untuk memastikan syarikat-syarikat kekal selamat dari segi siber," kata Menteri Negara Perhubungan dan Penerangan Tan Kiat How.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan