Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ini dia proses terbang lalu bendera negara pada setiap NDP...

Terbang lalu bendera negara adalah salah satu daripada acara ikonik Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP). 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Jul 2019 05:23PM Dikemas Kini : 07 Jul 2019 09:41PM

SINGAPURA: Terbang lalu bendera negara adalah salah satu daripada acara ikonik Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP).

Malah, ia memerlukan latihan yang baik dan persiapannya mengambil masa berbulan-bulan.

Walaupun acara terbang lalu bendera negara yang dibawa helikopter Chinook melalui kawasan Padang berlangsung beberapa minit sahaja, kerja memasang bendera pada helikopter mengambil masa tiga hari.

SATU HARI GULUNG BENDERA

Bendera sebesar 30 meter kali 20 meter atau seluas gelanggang bola keranjang itu bahkan memerlukan satu hari hanya untuk menggulungnya sahaja.

Bendera tersebut akan dipasang pada helikopter di Pulau Sudong dan proses itu melibatkan sehingga 14 pegawai.

Secara keseluruhan, bendera serta batu ladungnya seberat lebih 1,200 kilogram.

CABARAN GULUNG DENGAN SEMPURNA

Yang paling mencabar adalah untuk memastikan bendera yang digulung dapat dikibarkan dengan sempurna.

Satu lagi cabaran adalah faktor cuaca, yang mana para pegawai yang bertugas perlu lebih awas dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

Selepas acara terbang lalu bendera negara berakhir, sebenarnya masih ada lagi yang perlu dilakukan.

Bendera tersebut akan dilepaskan semula di Pulau Sudong dan kerja mengambilnya pula melibatkan masa dua hingga tiga jam. 

Sumber : CNA/NF/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan