Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ini caranya pasukan elit SCDF persiapkan diri bagi operasi bencana besar

Kumpulan elit Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), iaitu DART, dikerah untuk melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat setelah berlaku sesuatu bencana alam.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Apr 2018 07:13PM Dikemas Kini : 01 Apr 2018 11:27PM

SINGAPURA: Kumpulan elit Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), iaitu DART, dikerah untuk melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat setelah berlaku sesuatu bencana alam.

Sejak ia ditubuhkan hampir tiga dekad lalu, DART menjalankan 17 operasi mencari dan menyelamat di kawasan perbandaran atau USAR, di luar negara. Ini termasuk gempa bumi di Nepal pada 2015.

Pasukan DART memang dilatih khas untuk mencari mangsa-mangsa yang masih hidup selepas kejadian gempa bumi.

Pasukan penyelamat elit itu merupakan sebahagian daripada kontinjen Singapura yang membantu dalam operasi menyelamat tiga tahun lalu selepas gempa bumi sekuat 7.8 pada skala Richter menggegarkan Nepal.

Pusat Taktikal Home Team menjadi tempat di mana mereka menjalani latihan. Di pusat itu, terdapat pelbagai rintangan yang mencabar seperti dinding yang condong dan runtuhan bangunan. Misi berbahaya, sulit dan menguji ketahanan seseorang.

Namun sebelum usaha menyelamat dijalankan, banyak masa diambil untuk meneliti keadaan di tempat bencana.

Pasukan DART juga mendapat bantuan daripada anjing penyelamat dari unit K-9 untuk mengesan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.

Apabila mangsa dikesan, para penyelamat akan menggunakan alat pengesan seismik tanpa wayar dan kamera video untuk mengenal pasti tempat mangsa berada di bawah runtuhan. Bahagian yang paling rumit adalah untuk masuk ke bawah runtuhan bagi menyelamatkan mangsa.

Di situ para anggota penyelamat bekerjasama sebagai satu pasukan dan membantu satu sama lain untuk mengeluarkan mangsa. 

Sumber : CNA/NF/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan