Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ini caranya bagi elak jadi mangsa bank palsu

MAS memberi beberapa tips untuk mengenal pasti sebarang percubaan memancing data anda.

Anggaran Waktu Membaca:
Ini caranya bagi elak jadi mangsa bank palsu

Bank DBS mengeluarkan amaran mengenai skim pencurian maklumat yang menyasarkan pelanggan Bank POSB.

Diterbitkan : 06 May 2018 10:39PM Dikemas Kini : 06 May 2018 10:43PM

SINGAPURA: Menyusuli amaran yang dikeluarkan Bank DBS pada Khamis (3 Mei) tentang satu bentuk penipuan perbankan yang disasarkan kepada para pelanggan Bank POSB, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengeluarkan satu makluman hari ini (6 Mei) selepas mendapati jumlah kes penipuan sedemikian meningkat sepanjang minggu lalu.

PANCING DATA? UNTUK APA?

'Phishing' merupakan satu bentuk penipuan perbankan online yang mana pelaku memancing maklumat peribadi yang sensitif seperti butiran akaun bank anda, PIN, kata laluan sekali (OTP), nombor kad kredit, ID pengguna atau kata laluan melalui Internet, untuk menjalankan urus niaga bank tanpa izin pelanggan.

Menurut MAS, kaedah memancing data lazimnya dilakukan melalui kiriman emel yang kononnya dihantar oleh sebuah institusi kewangan.

Emel palsu itu membuat pengakuan seperti berikut bagi menyakinkan para pelanggan untuk memberi maklumat peribadi mereka:

  • "Akaun anda sedang dikemas kini dengan adanya sistem keselamatan baru. Ikut arahan seperti berikut untuk mengaktifkan semula akaun anda."
  • "Kad kredit anda disiasat polis kerana dipercayai digunakan dalam kes penipuan. Sila ikut arahan seperti tertera di bawah."
  • "Rekod kami menunjukkan bayaran bagi akaun Internet anda tertunggak. Kami juga akan memperkenalkan khidmat e-bayaran baru. Sila ikut arahan seperti berikut."
  • "Anda pemenang bertuah dalam cabutan bertuah kami. Sila serahkan butiran kad kredit anda bagi proses pengesahan." 

Emel-emel seperti ini sering mengandungi pautan Internet, di mana sebaik sahaja anda klik pautan tersebut, ia akan membawa anda ke laman-laman palsu yang kelihatan sama seperti laman institusi kewangan yang sah, menurut MAS.

Pelaku juga sering menggunakan laman-laman palsu ini untuk mengumpul maklumat peribadi sensitif para pelanggan. Laman seperti ini turut mengandungi perisian hasad yang disasarkan untuk mencerobohi peranti pengguna.

BAGAIMANA ANDA BOLEH AMBIL LANGKAH BERJAGA-JAGA

Dalam maklumannya, bank pusat itu juga memberi beberapa tips untuk mengenal pasti sebarang percubaan memancing data anda.

Berikut adalah senarai tips oleh MAS bagi melindungi anda daripada terjebak dalam kes penipuan:

  • Bank anda tidak akan mengirimkan emel yang meminta anda untuk mendedahkan sebarang maklumat peribadi.
  • Jangan pernah mendedahkan PIN atau OTP anda kepada sesiapa pun. Tiada bank yang akan meminta anda untuk memberi PIN atau OTP (melalui emel atau telefon) untuk apa pun sebab.
  • Jangan klik pautan untuk daftar masuk ke laman bank atau membuka sebarang dokumen yang dilampirkan dalam sebuah emel yang kononnya dikirimkan oleh bank anda atau institusi kewangan lain. Sebaliknya, lungsuri laman bank anda dengan menaip alamat laman bank sendiri. Jika anda kurang pasti tentang laman rasmi bank anda, hubungi pihak bank untuk mendapatkan maklumat.
  • Sering periksa laman bank anda untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan keselamatan Internet.  
Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan