Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ingin berpindah ke syarikat telko lain tanpa perlu tukar kad SIM? IMDA mahukan pandangan anda

Apakah pendapat anda tentang kemudahan yang membolehkan anda untuk berpindah dan mendapatkan khidmat syarikat telko lain tanpa perlu beratur di cawangan syarikat berkenaan?

Anggaran Waktu Membaca:
Ingin berpindah ke syarikat telko lain tanpa perlu tukar kad SIM? IMDA mahukan pandangan anda

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 06 Jun 2018 04:18PM Dikemas Kini : 06 Jun 2018 04:29PM

SINGAPURA: Apakah pendapat anda tentang kemudahan yang membolehkan anda untuk berpindah dan mendapatkan khidmat syarikat telko lain tanpa perlu beratur di cawangan syarikat berkenaan?

Satu teknologi baru, eSIM, dikenal pasti sebagai satu kaedah baru yang boleh dimanfaatkan sekiranya terdapat pengawalseliaan. Ia dijangka mampu membuka peluang memanfaatkan rangkaian generasi 5G, kata Timbalan Ketua Eksekutif Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) bagi Dasar, Peraturan dan Persaingan, Aileen Chia hari ini (6 Jun).

Agensi itu mengadakan sesi mengumpul maklum balas bagi mengumpul pandangan awam terhadap dasar dan rangka kerja pengawalseliaan tentang penggunaan teknologi tersebut hari ini (6 Jun). Ia diumumkan di Bengkel 5G yang diadakan sempena Minggu Inovasi Negara Bijak.

Dengan eSIM, para pelanggan boleh berpindah atau mendaftar diri bagi khidmat telefon bimbit tanpa perlu ke kedai telefon. SIM yang digunakan dalam telefon bimbit seseorang boleh diaktifkan secara online oleh sebarang pengendali, dan para pelanggan tidak perlu menukar kad SIM mereka, kata Cik Chia.

Namun begitu, teknologi eSIM masih "baru" buat masa ini, kata Cik Chia, dan rmaklum balas itu seharusnya memberi laluan kepada penggunaan teknologi tersebut.

Tidak banyak peranti yang menggunakan teknologi eSIM dalam pasaran buat masa ini.

Meskipun para pelanggan dijangka meraih manfaat daripada penggunaan teknologi ini, ia juga akan membawa kesan besar kepada syarikat-syarikat yang menggunakan Internet of Things (IoT) atau mesin-ke-mesin (M2M) pada skala besar seperti dalam sektor logistik atau perbekalan.

Sebagai sebahagian daripada sesi mengumpul maklum balas itu, IMDA menyarankan agar rangka kerja sedia ada bagi M2M hanya untuk peranti-peranti yang menyokong pergerakan dan/atau dihasilkan dengan ciri-ciri komunikasi suara yang terbatas atas sebab-sebab keselamatan awam.

IMDA juga menyarankan para pengendali telko melaksanakan ciri-ciri GSMA bagi peranti dengan kaedah e-SIM, serta ISO 27001 sebagai benteng perlindungan terhadap serangan siber.

Sesi mengumpul maklum balas itu akan berakhir pada 18 Julai.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan