Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Inflasi S'pura susut 0.2% pada Mac 2018

Kadar inflasi tegar di Singapura merosot dari 0.5 peratus pada Februari lalu kepada 0.2 peratus bulan lalu, dengan sebahagian besar daripadanya disebabkan oleh kenaikan harga perkhidmatan yang lebih kecil dan kemerosotan pada kos pengangkutan darat privet.

Anggaran Waktu Membaca:
Inflasi S'pura susut 0.2% pada Mac 2018

Gambar: WOO YIMING/REUTERS

Diterbitkan : 23 Apr 2018 02:46PM Dikemas Kini : 23 Apr 2018 02:49PM

SINGAPURA: Kadar inflasi tegar di Singapura merosot dari 0.5 peratus pada Februari lalu kepada 0.2 peratus bulan lalu, dengan sebahagian besar daripadanya disebabkan oleh kenaikan harga perkhidmatan yang lebih kecil dan kemerosotan pada kos pengangkutan darat privet.

Inflasi teras yang mengecualikan kos penginapan dan pengangkutan darat privet - turun dari 1.7 peratus pada Februari kepada 1.5 peratus bulan lalu, sekaligus mencerminkan inflasi perkhidmatan yang lebih rendah.

Data yang dikeluarkan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) hari ini (23 Apr) menunjukkan bahawa kos pengangkutan darat privet jatuh 0.6 peratus pada bulan Mac mengimbangi peningkatan 0.6 peratus yang dicatatkan pada bulan sebelumnya. Ini menyusuli kejatuhan pada harga kereta selepas premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) merosot, menurut MAS dan MTI.

Inflasi perkhidmatan jatuh 1.4 peratus pada bulan Mac jika dibandingkan dengan 1.9 peratus pada bulan sebelumnya, dengan sebahagian besarnya menggambarkan peningkatan yang lebih kecil pada harga tambang pesawat dan perbelanjaan percutian berbanding setahun lalu.

Inflasi makanan turun kepada 1.4 peratus pada bulan Mac, berbanding 1.5 peratus pada bulan sebelumnya, disebabkan kenaikan yang lebih kecil pada harga barangan makanan yang belum dimasak dan makanan yang sudah dimasak.

Inflasi penginapan pula jatuh 3.4 peratus pada bulan Mac, dengan kemerosotannya lebih sederhana berbanding penguncupan 3.6 peratus pada bulan sebelumnya, sedang sewa rumah turut mengalami kemerosotan.

MAS dan MTI meramalkan inflasi import akan meningkat pada rentak yang lebih perlahan, dengan permintaan global mengukuh di tengah-tengah bekalan yang mencukupi bagi pasaran komoditi utama.

Inflasi teras MAS diramal meningkat secara bertahap-tahap pada tahun ini, mencatat kenaikan antara 1 dengan 2 peratus, sekiranya keadaan ekonomi berubah seperti yang diramalkan, menurut kenyataan tersebut.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan